Powered by Blogger.

Tempat Makan Best Dekat Citin Hotel Masjid Jamek: Fareez Cafe



Bagi sahabat-sahabat yang stay di hotel-hotel sekitar Pusat Membeli Belah SOGO KL seperti Citin Hotel Masjid Jamek, Palace Hotel, Hotel Surya, Hotel Hibiscus, Macktz Inn, dan StarPoint Hotel Kuala Lumpur, rasanya tak perlu khuatir atau risau mana nak makan. Antara salah satu tempat makan yang saya suggestkan adalah Fareez Cafe yang berdekatan dengan Mydin Mall Jln Masjid India. Fareez Cafe ni betul-betul terletak paling hujung di kawasan Gerai Makanan area Mydin ni.

Fareez Cafe (Gerai Makanan berdekatan dengan Mydin).
Saya pergi ke gerai ini pada waktu malam, dan kebetulan pulak saya tak berapa sihat, jadinya tak berapa selera nak mencuba makanan yang best-best. Saya tak pasti pula, samada tempat makan ni bukak ke tidak waktu siang. Di Fareez Cafe ni, saya dan suami hanya order Nasi putih, Tom Yam Campur dan Sotong Goreng Tepung.

Fareez Cafe (Johorean Food) di Jln Masjid India





Antara variasi menu-menu yang ada di sini. Dari seleksi selera Johor, sampai ke Pakistan. Jauh beno. Hahaha.

Untuk minuman, saya order Jus Oren dan suami pulak order Jus Mangga. Suka bebeno laki aku ni dengan Mangga.

Tom Yam Campur yang super duper Pedas dan Pekat. Sangat Sedap dan tidak mengecewakan saya yang tengah tak berselera sangat nak makan.

Ini pulak Sotong Goreng Tepung bersama kuah cicah yang sangat sedap.

So far, bagi saya makanan di sini semua cukup rasa, pedas dan sedap. InsyaAllah diizinkanNya akan datang lagi kalau stay berdekatan sini. Saya bagi rate 9/10 untuk TOM YAM CAMPUR di Fareez Cafe ni, manakala untuk SOTONG GORENG TEPUNG pula 7/10. Rasa sotong dan tepung tu dah ok, just saya lebih suka kalau sotong tu dipotong lebih kecil. Apa-apa pun, saya still berpuas hati dengan makanan di sini. Selamat Mencuba.



Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Tempat Makan Best Dekat Citin Hotel Masjid Jamek: Fareez Cafe"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top