-->

Cabaran Simpanan Emas 1 Gram Setiap Bulan


Cabaran untuk membuat simpanan emas 1 gram setiap bulan akan bermula lagi. Kali ini aku target setiap kali masuk gaji, aku akan beli emas 1 gram. Berjayakah daku? Ok, bagaimana aku nak membuat simpanan emas 1 gram setiap bulan ni? Adakah aku akan pergi ke kedai emas sepeti Habib Jewels, Poh Kong atau Tomei setiap bulan hanya semata-mata nak beli 1 gram emas ni?? Tidak dan tidak sama sekali. Mahal la kalau beli 1 gram emas (fizikal) directly di kedai emas macam tu.

Goldbar 10gram dan 1 dinar (versi lama)
sekarang packaging baru

Jadi bagaimana aku nak beli emas dan start simpanan emas ni? Ingat tak lagi, dengan entry aku sebelum ini berkenaan simpanan emas?? Disebabkan aku merupakan salah seorang dealer Public Gold, one of the gold company yang kukuh di Malaysia ni, jadi projek simpanan emas 1 gram setiap bulan ni insyaAllah akan berjaya (itupun kalau bajet tak lari..hihi). Projek simpanan emas aku ini akan menggunakan akaun sedia ada GAP Public Gold aku yang terdapat bertan-tan dah emas dalam tu (korang percaya ka aku ada bertan? sekilo pun takde..puii). 

Ok, apa tu akaun GAP? GAP adalah singkatan untuk 'Gold Accumulation Program' atau dalam bahasa malaysia nya adalah 'Program Akumulasi Emas'. Program GAP ini bertujuan memudahkan orang ramai untuk membuat simpanan emas dengan modal serendah RM100 sahaja atau 1 gram sahaja (aku strongly cadang beli 1 gram terus). Program GAP ini disokong 100% oleh emas fizikal. Maksudnya pembeli boleh mengeluarkan emas yang telah telah dikumpulkan di dalam akaun GAP ke dalam bentuk jongkong emas di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh negara. Kalau di Sabah dan Sarawak cawangan Public Gold ini terdapat di bandaraya utama iaitu Kuching dan Kota Kinabalu.

Apa kelebihan GAP ni??
Ciri-ciri & Kelebihan GAP:

  • Pengumpulan emas fizikal dengan ketulenan Au999.9 (24K) 
  • Pembelian minimum RM100 atau di dalam gandaan RM50 atau pun 1 gram
  • Pembelian ini kemudiannya akan ditukarkan kepada berat emas sehingga 4 titik perpuluhan (eg. 0.0001gm).
  • Disokong 100% oleh emas fizikal Au999.9 
  • Tiada yuran simpanan 
  • Pegangan baki minima di dalam akaun 1 gram sahaja 
  • Pengeluaran sekurang-kurangnya 1gm emas fizikal 
  • Akaun bersama antara ibu bapa dan anak-anak disediakan 
  • Arahan tetap bulanan disediakan (monthly standing instruction) 
  • Diaudit oleh juruaudit bebas 
  • Urusniaga bila-bila masa. 24 jam sehari, 365 hari setahun 

Untuk bulan Ogos ni aku tak mula lagi la projek ni, sebab dah lari bajet. Ni aku saja nak sharekan dulu dengan korang di luar sana yang nak cari alternatif lain bagaimana nak simpan atau labur wang anda dalam bentuk yang lebih selamat. Value ringgit kita semakin menurun tau sekarang, so bagi aku alternatif untuk aku simpang bagi long term adalah tukar wang aku ke dalam bentuk emas. Oh ya, program GAP ini tiada pulangan dividen setiap bulan mahupun setiap tahun ye. Ia totally macam akaun simpanan emas di Bank-bank tempatan di Malaysia. Beli emas 1 gram , then tercatit la berapa nilai gram yang kita beli dalam buku akaun tu. Tetapi GAP ni, kita hanya monitor dari akaun GAP Public Gold kita.

Meh usya sikit akaun GAP Public Gold aku (takda niat menunjuk tau, 5 gram je ponnnnnnn):

Akaun GAP Public Gold aku. 

Akaun GAP ni, sebelum ni, kalau ada duit lebih baru aku beli emas 1 gram, kalau takda duit, haaa tu yang jadinya sampai sekarang 5 gram je.. Hahaha.. yang point2 kat belakang  5.076 tu, adalah komisyen aku sebelum-sebelum ini atas pembelian yang aku sendiri beli. Alhamdulillah. walaupun dalam bentuk perpuluhan ja. Target aku sekarang, nak cukupkan simpanan emas ni sampai terkumpul 11 gram. Cukup je 11 gram, aku nak keluarkan emas 10gram tu dalam bentuk gooldbar 10gram. InsyaAllah. Moga dipermudahkan.

Kalau korang berminat nak buat simpanan GAP ni iaitu simpanan emas dan nak detail lebih lanjut cara pembelian nya, boleh je whatsapp aku ke 017-8865939. Insyaallah. Boleh je whatsapp aku, dan insyaAllah aku akan reply whatsapp pertanyaan korang.


Baca juga:

0 Comments



Emoticon