-->

Medical Card : Simpanan Mati


Medical card. Aku rasa medical card sekarang memang semua orang perlu dan wajib ada medical card ni. Apa medical card ni? Dan apa yang best sangat pasal medical card ni sampai aku suka sangat nak entry pasal ni. Apa kelebihan medical card ni??

Dalam pemahaman aku yang bukan ejen insuran ni, medical card ni merupakan alat pelindung diri kita sekiranya kita mengalami kemalangan atau dikesan mempunyai penyakit kritikal pada masa depan. Contoh simple la, if aku tiba-tiba dikesan menghidap kanser xyz dan memerlukan kos perubatan sehingga 100k pada masa hadapan, haaa time tu mana aku dan famili aku nak cari duit. Dengan ada medical card ni la yang akan membantu kita nanti, segala kos rawatan dan perubatan kita akan ditanggung oleh medical card kita. Semakin tinggi premium yang kita ambil, semakin banyak benefit yang kita dapat. Even berapa hari kita di wad pun kita akan dapat bayaran disebabkan warded. Bayangkan kalau anda takda medical card, mana nak cari duit.

Untuk pengetahuan anda diluar sana, aku dah lama survey pasal medical card ni tapi ditangguhkan disebabkan aku tak confident aku boleh lepas. Sebabnya, aku dah ada 1 of the critical illness which is heart disease. Kesian betul. Nasib aku baek, sebab aku da kenal seorang agen insuran ni, dah dia tolong aku mohon dan declare semua medical report aku. Dan the great news is, permohonan aku berjaya dengat syarat illness atau penyakit sedia ada dikecualikan dalam polisi medical card aku. Maksudnya disini, sekiranya aku admit hospital atau operation berkaitan dengan penyakit sedia ada, medical card aku takkan cover. Sedih tu memang lah sedih, tapi nak buat macammana dah memang aku dah ada co-morbid tu sejak sekolah rendah lagi. Tapi takpa sekurang-kurangnya aku dah ada pelan perlindungan aku sendiri. Sekiranya berlaku apa-apa selepas ini yang tiada kaitan dengan penyakit sedia ada, medical card boleh cover.

Jadi, kesimpulannya disini, aku nasihatkan korang yang belum ada medical card tu, apply la sementara masih sihat walafiat ni. Rugi tau tak apply awal. Jangan dah sakit nanti baru kita nak apply, rasanya company insuran memang tak layan dah sebab berisiko dan kalau diapprove pun macam kes aku ni, company exclude kan illness yang sedia ada dari pelan polisi korang nanti. Sayang tau. Anggap ja RM150-250 setiap bulan yang korang bayar untuk medical card tu sebagai simpanan jangka panjang takpun simpanan mati korang.
Kenapa simpanan mati? Sebab simpanan tu kita memang takkan kacau sampai bila-bila tapi akan membantu kita sekiranya ditimpa kemalangan atau musibah.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon