-->

Pengalaman Membeli di Lazada.com.my



Lazada.com.my antara salah satu website membeli belah online yang terkemuka sekarang.Sebab apa saya cakap terkemuka? Sebabnya, surf saja mana-mana website, anda akan terlihat iklan-iklan Lazada. Website membeli belah Lazada ini yang bestnya mempunyai pelbagai produk daripada set dapur hinggalah ke set elektronik.

Bercakap mengenai pengalaman membeli menerusi website Lazada ni, biar saya review sedikit mengenai pengalaman saya yang lepas. Sebelum membeli dari website ni, pada mulanya saya juga seperti anda di luar sana, agak khuatir dan takut nak membeli menerusi online. Lagi-lagi barang atau produk yang kita beli melibatkan harga yang bernilai ratusan ringgit.

Pada 14 Februari 2015 yang lepas, saya mengambil risiko untuk membeli belah secara online di website Lazada ni selepas beberapa minggu meng'survey' harga dan kualiti MP3 Sony yang dijual di website ni. Saya membeli SONY NWZ B183F MP3 Player 4GB - Red (Sony Warranty) yang berharga RM145 dan 'shipping surchage' RM10.


So far, bagi saya service pembelian dari Lazada ni sangat cekap dan efficient. Selepas settle je pembayaran dibuat, pihak Lazada terus packing barang yang diorder on the next day dan pada 16 February 2015, barang tersebut sudah pun dalam proses penghantaran kepada alamat saya (alamat di Sarawak). Barang tersebut sampai di tangan saya hanya dalam tempoh 3 hari sahaja. 

Pembelian saya yang pertama kalinya di Lazada ni, mungkin nasib saya tak berapa bagus, sebabnya MP3 yang saya terima terdapat minor kerosakan di mana skrin paparan MP3 tersebut berkelip-kelip setiap kali di'on' dan mempunyai bunyi yang kurang menyenangkan. Setelah menyedari kerosakan tersebut, saya terus menghantar emel kepada customer service Lazada dan mereka respon kepada aduan saya secepat mungkin. Saya dikehendaki menghantar semula produk yang rosak kepada alamat yang diberikan, dan 4 Mac 2015, pihak Lazada sudah pun menghantar semula produk yang baru kepada saya. Walaupun sedikit kecewa pada permulaan pembelian, tetapi disebabkan pihak Lazada sangat cepat respon kepada aduan saya dan cepat dalam proses menukar semula produk baru, saya bagi Lazada 10 Bintang. **********. So far saya sangat berpuas hati dengan service Lazada.


Baca juga:

Tags:

0 Comments



Emoticon