-->

Pemaju Perumahan di Kuching dan Kota Samarahan

Senarai Pemaju Perumahan di Kuching dan Kota Samarahan

Projek perumahan di Kuching, Sarawak dan Kota Samarahan, Sarawak tengah berkembang pesat sekarang. Dengan kenaikan harga rumah yang tidak terkawal sejak 2 - 3 tahun kebelakangan ini, menyebabkan orang awam mula sedar untuk membeli rumah seawal yang mungkin. Kenaikan harga rumah kian mencacak naik apabila kerajaan mengumumkan akan perlaksanaan cukai GST. Walaupun kerajaan mengatakan pembelian rumah adalah dikecualikan dari cukai GST, namun diingatkan harga barangan untuk membuat rumah dan kos-kos pengangkutan bahan rumah tidak terkecuali dari GST, dan ini menyebabkan harga rumah tetap naik dan terus naik. 

Dari statistik blog luarteko ini, saya dapati 'keyword' yang paling banyak link ke blog ini adalah 'projek perumahan kuching' dan juga 'developer perumahan di Kuching'. Jadi, bagi membantu anda-anda di luar sana yang dalam usaha mencari projek-projek rumah baru di Kuching dan juga Kota Samarahan, Sarawak, saya berbesar hati untuk berkongsi dengan anda senarai nama pemaju perumahan di Kuching dan Kota Samarahan Sarawak, termasuk juga projek-projek baru perumahan di dua bandar utama ini.

Senarai pemaju perumahan atau developer perumahan  dan senarai projek perumahan terkini di Kuching, Sarawak (updated Ogos 2015):


  • Yun Seng Developer, Kota Sentosa
    • Lokasi Ofis: Berdepan Pizza Hut Kota Sentosa
    • Projek Perumahan di Unigarden/Tmn Berlian, Belakang INTAN Kota Samarahan
  • Hock Peng Developer 
    • Lokasi ofis: berdekatan dengan Fourpoint Hotel
    • Projek Perumahan di Kota Samarahan
  • Hock Seng Lee Developer
  • CMS Developer 
    • Projek perumahan di sekitar kawasan Semariang/Petra Jaya
  • PRC Developer (Lokasi ofis di Jln Petanak)
  • MDKwangTai 
    • Lokasi Ofis: Blk 10, 2 1/2 Miles, Jalan Rock, Kuching
    • No Telefon: +(60)82-237803, +(60)82-235357, +(60)82-236051, +(60)82-236057
    • Projek perumahan di Central City Kota Samarahan) Lokasi ofis berdekatan Wisma Naim.
  • RegalGroup Developer 
    • Lokasi ofis: Belakang Mcd Batu 3
    • Projek Perumahan di kawasan Matang-Batu Kawa
  • Naim Developer
    • Lokasi ofis: Berdekatan dengan Wisma Saberkas, Jln Batu Lintang
    • Projek Perumahan di Kota Samarahan, Petra Jaya
  • Petra Jaya Properties
    • Lokasi ofis:Petra Jaya Properties Sdn Bhd 2nd Floor, Menara Zecon, Jalan Satok,
    • No telefon: +60 82 444 499
    • Projek Perumahan di Pasir Pandak dan Kota Samarahan
  • Advance Synergy Realty
    • Lokasi ofis: Lot 6807- 6808, Synergy Square, Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak
    • No telefon: +60 82 646617
    • Projek Perumahan di Matang

Baca juga:

0 Comments



Emoticon