Powered by Blogger.

Beli Cooker Hood FABER

Beli Cooker Hood FABER

Orang sibuk nak cuti Tahun Baru Cina, saya ni pulak sibuk nak beli dan pasang cooker hood kat dapur rumah. Nak veli cepat bukan apa, saya dah tak tahan nak cium bau asap dan minyak selepas masak yang sampai masuk ke dalam bilik. Dahlah saya ni jenis tak suka hidu bau makanan kalau kat dalam bilik.

Cooker Hood Jenama Faber

Jadi, jalan penyelesaian nya tak lain tak bukan, memang kena pasang cooker hood la. Cooker hood je yang mampu sedut dan elak bau dan minyak merebak ke seluruh rumah. Sekurang-kurangnya nanti, waktu kau goreng atau tumis belacan, takda lah bau tu sampai ke ruang tamu. Belum lagi part bau tu lekat kat langsir rumah. Huhu.

Seperti biasa, saya survey dahulu cooker hood ni di kedai-kedai elektrik berdepan miramar kuching. Survey punya survey, saya berminat dengan cooker hood jenama FABER dan berharga RM1229. Dapat less pun RM9 sahaja. Hampeh tol. Kos pemasangan pulak adalah RM180. Antara yang paling murah berbanding kedai lain. Kedai lain mostly kos upah pasang adalah RM200 ke atas. Kedai tempat saya beli ni adalah HANS deco electrical.

Ohya, waktu beli cooker hood ni, jangan pula lupa beli capping untuk tutup lubang hose kat luar dinding rumah nanti tau. Macam kes saya ni, bila orang pasang dah balik baru tengok lubang tu takda capping. Rupanya kena beli sendiri lagi. Tokey tu tak pula bagitau awal. Hmmm. Rasa nak marah pun ada. -_-  Capping tu berharga RM80. Dan terpaksalah suruh laki atau bapak tolong pasangkan. Kenapa perlu capping ni? Pertama nak ak segala jenis binatang daripada masuk kat dalam hose ni. Kedua, dinding luar rumah ko nampak BUROK sangat, macam kapal selam pula. Haha.

Rupa dinding luar rumah selepas dipasang cooker
Hood dan 2 gambar bawah tu adalah capping yang
Perlu dipasang bagi menutup lubang hose cooker
Hood tersebut.


Apa-apa pun nanti saya akan buat review cooker hood faber ni ok. So far sekarang, oklah. Nanti saya akan ceritakan fungsi-fungsi dan kelebihan cooker hood ni.
Proses pemasangan cooker hood
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Beli Cooker Hood FABER"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top