Powered by Blogger.

Resepi Mee Goreng Tiram Basah

Resepi Mee Goreng Basah

Nak makan mee. Tak nak kering, nak basah sikit then taknak tauge. Alahai banyak pulak demand waktu nak order mee goreng kat kedai makan. Jadinya, sebab nakkan mee goreng ya rasa seperti di bayangan otak dan tekak, say sendiri yang goreng mee kali ini. Jom terjah.

Resepi Mee Goreng Basah

Bahan-bahan:
500gram mee kuning
3 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 sudu makan cili giling
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
4 sudu makan kicap
3 sosej dipotong senget
Sayur sawi
Garam
Gula
Minyak untuk menumis

Bahan bertanda * ditumbuk lumat.

Cara-cara:
1. Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau. Masukkan cili giling.

2. Masukkan sosej dan kacau. Then masukkan batang sayur sawi.

3. Agak sosej dah masak, masukkan sos cili, sos tiram, dan kicap. Then masukkan mee kuning yang dah dicuci. Kacau rata.

4. Tambah garam dan gula ikut rasa suka. Last sekali masukkan sayur sawi. Kacau rata. Siap untuk dihidang.

Mee Goreng Tiram Basah
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Resepi Mee Goreng Tiram Basah"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top