Powered by Blogger.

KCH Steam Burger Memang BEST!!

KCH Steam Burger Memang BEST!!

Ada dengar sik sebelum tok viral pasal burger 10 sen??? Haaa tok lah kedey burger yang menjadi hit dan bualan rami orang ria sampe bersusun panjang orang nak beli burger stim tok tek kotan reganya murah gilak. 10 sen jak koh.

KCH Steam Burger dah viral sebab waktu launching lepas mereka buat promo besar-besaran dengan membuat tawaran harga 10 sen bagi satu burger steam. Memang berpusu la orang datang. Saya?? Dah pasti tak berani nak hampir dulu. Tak mampu den nak berbaris panjang.

Selepas hari keempat beroperasi barulah saya memberanikan diri nak merasai sendiri keunikan burger steam ni. Lokasi KCH Steam Burger ni adalah di Family Cafe yang terletak di Jalan Haji Taha. Beroperasi bermula jam 7 malam hingga 12 tengahmalam setiap hari.

Terdapat 3 jenis set sahaja iaitu Set Belalak (RM6.90), Set Rangkak (RM7.90) dan Set Bongan (RM11.90). Saya haritu order set Rangkak manakala adik saya order set Bongan. Rasa semua sama, just yang membezakan adalah cheese, dan bilangan patty.

Meh sikit saya nak review tentang burger steam diorang ni, rasa patty dia memang juicy dan lembut. Sos burger tu pun memang mengancam dan sangat tidak rugi untuk korang cuba. Coba dolok bok tauk. Jum support bisnez orang kita.

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "KCH Steam Burger Memang BEST!!"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top