Powered by Blogger.

Nasi Kukus Special di Nyems Sekal Cafetaria

Nasi Kukus Special di Nyems Sekal Cafetaria

Tiba-tiba tekak teringin nak makan Nasi Kukus di malam hari. Terus google mana tempat makan yang ada hidangan nasi kukus ni. Cari punya cari, keluar la nama kedai makan Nyems Sekal Cafetaria yang terletak di area belakang Emart Matang.

Menu yang kami order

Menu special di Nyems Sekal Cafetaria ni adalah Nasi Kukus. Antara menu nasi kukus yang ada adalah Nasi kukus Ayam berempah, Nasi Kukus Sotong Goreng, Nasi Kukus Bawal Goreng, Nasi Kukus Talapia Goreng dan Nasi Kukus Kambing Bakar. Harga menu nasi kukus ni pun still ok bagi saya. Saya order Nasi Kukus Ikan Bawal Goreng berharga RM12.

Nasi Kukus Bawal Goreng

Adik-adik dan suami saya pulak order Nasik goreng daging kunyit, nasi goreng paprik daging dan nasi goreng paprik ayam.

Nasi kukus Ikan Bawal Goreng yang saya order boleh tahan. Sambal pun sedap. Harga pun berbaloilah. Selalunya kalau kat kedai lain, nak order menu yang ada bawal, confirm kira ikut gram. Scary aku. Yang ni harga dia fix RM12. So tak takut sangat nak order. Haha.

Jadi, korang yang tengah mencari-cari kedai makan di area Matang, bolehlah singgah di Nyems Sekal Cafetaria. Belum cuba belum tau.
Kos makan kami berempat
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Nasi Kukus Special di Nyems Sekal Cafetaria"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top