Powered by Blogger.

Resepi Biskut Famous Amos

Resepi Biskut Famous Amos

Resepi asal adalah daripada Resepi Choco Chips Almonds Nibs Cookies oleh saudari Azlina Ina. Disebabkan resepi ni lebih kurang sama dengan resepi biskut famous amos, jadi saya namakan resepi ni sebagai Resepi Biskut Famous Amos. Rasanya pun sedap, rapuh dan kaya dengan rasa coklat. Jom terjah resepi yang mudah dan sedap ni. Terima kasih kepada saudari Azlina Ina atas perkongsian resepi biskut sedap ni.

Resepi Biskut Famous Amos

Resepi asal: Choco Chips Almond Nibs Cookies oleh Azlina Ina

Bahan-bahan:
125 gram butter
1 cawan gula perang
1/4 cawan minyak
1 st esen vanilla
1 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sk serbuk penaik*
1/4 cawan susu tepung*
1/4 cawan tepung jagung*
1sb tepung beras*
1sb almond nips
1/2 cawan coklat cip
Ayak bersama bahan bertanda *.

Cara-cara membuat:
1. Satukan butter, gula, minyak dan esen vanilla. Kacau sebati guna senduk.
2. Masukkan telur dan kacau rata.
3. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan kacau perlahan.
4. Tambah almond nibs dan coklat chips, kacau rata.
5. Sudukan di atas tray yang telah dilapik baking paper. Bakar pada suhu 170'c selama 30 minit (bergantung pada jenis oven).

Resepi Biskut Famous Amos
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Resepi Biskut Famous Amos"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top