Powered by Blogger.

Resepi Kuah Black Pepper Mushroom

Resepi Kuah Black Pepper Mushroom


Hari ini dah set nak makan daging dan kambing panggang. Saya dah siap sedia membeli daging kambing untuk dibuat lamb chop kat Boulevard. Satu pack Rm21 dan satu pack lagi RM25. Jumlah keping daging kambing adalah 11 keping. Kira cukup lah untuk makan kami berenam. Mak, ayah, husband dan dua orang adik.

Kat sini saya nak share dulu resepi kuah lamb chop yang saya buat. Kiranya buat kuah Black pepper Mushroom la ye. Jom terjah resepi kuah untuk lamb chop atau chicken chop ni. Pasti sedap  dan puas hati sangat. Rasa macam makan di western restaurant. Takpun lagii sedappp.!!!!


Resepi Kuah Black Pepper Mushroom atau kuah lamb chop:

Bahan-bahan:

6 ulas bawang putih dicincang halus
2 sudu besar butter
2 sudu besar kicap
2 sudu besar tepung
2 cawan air
1 1/2 cawan susu Dutch lady fullcream
1 kiub pati ayam
1 tin cendawan butang dipotong
Lada hitam


Cara-cara:

1. Panaskan butter dan masukkan bawang putih. Gaul hingga bawang putih sedikit keperangan.

2. Masukkan tepung dan gaul rata.

3. Masukkan kicap dan gaul rata. Seterusnya masukkan air dan lada hitam.

4. Masukkan kicap, susu fullcream dan kiub pati ayam. Gaul rata dan tambah garam sedikit. Akhir sekali masukkan cendawan dan perasakan kuah.


* Kalau rasa terlampau pekat boleh tambah air sedikit demi sedikit sampai tahap pekat mana yang kita nak. Dan satu lagi kalau rasa color kuah tak kehitaman sangat tambahkan lagi kicap hingga dapat color yang lebih menggiurkan. 
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Resepi Kuah Black Pepper Mushroom"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top