Powered by Blogger.

Kelebihan Minum Rose Buds Tea

Kelebihan Minum Rose Buds Tea

Minggu lepas tangan gatal pulak meneroka website Lazada. Tekan punya tekan, terjumpa Rose Buds Tea atau Putik Bunga Ros yang dijual berharga RM14.20 bagi 100gram.

Dulu-dulu pernah jumpa seorang pak cik ni yang dah berumur 60 lebih tahun tapi tak nampak pun macam usia 60 tahun. Sebabkan mulut ni boleh lah tahan poretnya, terus tanya dengan uncle tu apa yang dia amal. Nasib juga uncle ni nak reveal, yelah dah aku beriya-iya puji dia nampak muda. Haha. Tapi serius memang nampak muda. Haaa..korang nak tau, uncle tu dia amalkan minum Air rendaman kuntum bunga rose kering ni lah. Dia kata, dia amalkan setiap hari. Memang awet muda la uolls kalau amal ni.

Selain tu juga, uncle tu turut bagitau yang dia pun ada suruh anak saudara perempuan dia yang ada masalah period untuk amalkan air bunga rose kering ni. Dan memang berkesan. Hasilnya period atau kitaran haid anak saudara dia tu dah normal. Ni memang betul-betul punya story tau. Bukan saya saja reka-reka.

Habistu kenapa sekarang baru saya nak try rose bud tea ni??? Haaaa pertamanya tak tau nak beli kat mana, keduanya takut hangat-hangat tahi ayam dan ketiganya hati tak kuat nak cari. Haha.

Disamping itu, haaaa ko jangan penanda wacana aku ni. Haha. Disamping itu juga sebab utama aku nak sangat amal minum rose buds tea ni adalah nak AWET MUDA uolls. Dah usia nak menginjak usia 30 tahun ni baru terhegeh-hegeh nak jaga kulit lah kononnya. Ohya, tak lupa juga nak atur kitaran haid aku ni yang dah kacau bilau disebabkan suntikan perancang. Hormon dah tak menentu. Sukati dia ja naj datang bila kan. Haru.

By the way, aku tak boleh nak review apa dan camana rasa teh  rose tu sebab rose buds tea aku order tu belum pun sampai. Order dari overse. Ko mampuuu??? Haha. Bersabarlah menanti. Nanti dah sampai rose buds tea tu dan dah minum, aku review ok. See u guys. ;)

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Kelebihan Minum Rose Buds Tea"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top