Powered by Blogger.

Ayam Kokok @ Kota Sentosa

Tadi tengahari, saya dan sahabat lunch di Ayam Kokok. Ayam kokok ni kiranya lebih kurang macam Marrybrown atau KFC. Berkonsepkan self service dan makanan boleh beli ala carte atau kombo. Kalau nak jimat, boleh beli ala carte. Tapi kalau confirm memang nak beli minuman sekali, better beli kombo terus.

Saya tadi order Set Kombo D iaitu King Kong Burger yang berharga RM8.90 untuk size L. Sahabat saya pula order Set kombo C iaitu Laksa Ayam Sarawak. Kedua-dua kami pilih air Cincau Teh C Peng Special. So far, bagi saya rasa Kingkong Burger tu saya bagi 3/5 stars dan Air cincau teh C tu pula 4/5 stars. Overall bagi saya, just nice. Maybe next time kalau datang sini lagi, saya nak order ayam goreng dia pula. Cium bau tadi macam sedap. 

Oh ya, Kedai Makan Ayam Kokok ini juga menyediakan service delivery. Takda Masa Keluar Makan?? Biar Ayam Kokok yang hantar hidangan kepada anda. Mudah kan hidup sekarang. Satu yang saya amat puji di Ayam Kokok ini adalah staff atau pekerja mereka yang sangat friendly. Suka pula tengok mereka ni. 










Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Ayam Kokok @ Kota Sentosa"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top