Bahaya Smartphone Terhadap Kanak-kanak dan Remaja Bawah Umur
Tajuk post saya kali ini agak berat tetapi sangat dekat dengan kehidupan masyarakat kita sekarang. Iaitu berkenaan dengan ''Bahayanya Media Sosial terhadap remaja bawah umur terutamanya kanak-kanak.
Sekarang, disebabkan gaya hidup masyarakat semakin sibuk dengan dunia kerja menyebabkan golongan ibu bapa mula memberi kepercayaan kepada anak-anak dengan membenarkan mereka menggunakan handphone atau smartphone. Sebut saja jenama handphone apa yang ada dan terkini di pasaran, saya pasti, rata-rata remaja dan kanak-kanak di era ini sudah arif dan sudahpun berada dalam genggaman mereka. Bertuahkan anak-anak di zaman ini.
Penggunaan smartphone yang berleluasa di kalangan remaja dan kanak-kanak membolehkan mereka aktif dengan media sosial. Saya agak sedih apabila ibu bapa membenarkan anak-anak mereka menggunakan smartphone. Kenapa tidak hanya mengunakan handphone biasa sahaja? Di mana anak-anak hanya boleh membuat panggilan, sms dan sedikit game yang boleh mereka main. Hal ini kerana, penggunaan smartphone boleh menyebabkan anak-anak terjebak dengan media sosial yang sudah pastinya mempunyai 1001 keburukan sekiranya tidak dicegah dari awal.
Antara contoh keburukan penggunaan smartphone di kalangan anak-anak adalah, mereka mudah akses dengan media sosial di mana penyebaran video-video lucah yang tidak terkawal di laman media sosial dan pendedahan kepada perkara-perkara lucah seperti ini akan membentuk peribadi akhlak yang tidak baik anak-anak. Moga dijauhkan anak-anak kita daripada perkara-perkara seperti ini.
Selain daripada itu, media sosial juga mendorong kepada pergaulan bebas anak-anak dengan orang yang tidak dikenali dan juga rakan-rakan yang tidak bermoral. Pergaulan bebas mereka ini dikhuatiri akan berlanjutan hingga di luar.
Penggunaan smartphone juga akan menyebabkan anak-anak mudah lalai. Mereka hanya akan berada di dunia mereka sahaja dan tidak bergaul dengan ahli keluarga yang lain. Sekiranya anak-anak anda masih dapat membezakan baik buruknya smartphone, maka anda bertuah. Tapi jika tidak, anda perlu berkeras dan menghentikan penggunaan smartphone oleh anak-anak anda.
Ibu bapa perlu BERTEGAS dalam hal ini!! Sekat penggunaan SMARTPHONE di kalangan anak-anak anda yang masih di bawah umur jika anda mahu membentuk peribadi anak yang bermoral.
Antara perkara buruk yang anda perlu PERTIMBANGKAN sebelum membenarkan anak-anak anda menggunakan SMARTPHONE:
- Anak-anak mudah akses kepada media sosial yang penuh dengan perkara negatif seperti penyebaran video lucah.
- Anak-anak akan lalai dengan pelajaran. Tidak boleh berenggang dengan smartphone.
- Taksub dengan game-game online dan dalam smartphone.
- Taksub berwhatsapp dengan kawan-kawan atau strangers. Perkenalan dengan orang yang tidak dikenali amat bahaya terutama anak-anak perempuan. Jadi, sila awasi pergerakan anak-anak anda.
- Menyimpan gambar dan video-video lucah. Kalau nak juga anak anda guna smartphone, pastikan anda sentiasa MEMERIKSA kandungan di dalam smartphone anak-anak anda.
- Ambil gambar yang tidak senonoh. Dikhuatiri akan tersebar ke luar. Contoh, kalau smartphone hilang atau anak-anak hantar kepada teman cinta hati mereka. Hmmm..
- Anak-anak akan kurang bergaul dengan ahli keluarga yang lain. Sebab, taksub dengan smartphone.
- Anak-anak sentiasa nak update status atau memberitahu lokasi terkini mereka di media sosial dan hal ini boleh membahayakan nyawa mereka.
0 Comments