-->

Makan Seafoods di Topspot: Ling Loong Seafood

Pada 14 Februari 2016 yang lepas, sahabat yang bekerja di KL balik hometown dan belanja sahabat-sahabat dia yang pelahap ni di Topspot Kuching. Topspot ni adalah salah satu lubuk tempat makan makanan seafood di Kuching ni. Pada kali ini kami makan di Gerai Ling Loong Seafood.

Antara menu yang kami order adalah Sayur Midin Belacan, Ikan Merah masak stim Lobak Masin, Butter Prawn, Ketam Masak Telur Masin, dan Sup Sayur. Makanan ini adalah untuk 4 orang makan. Jumlah semua kami makan ni adalah RM163.25 termasuk GST. Sedap ke tak sedap??? Ofcourse la sedap sebab orang belanja. Hahaha. Takdalah, setakat ini masakan seafood di gerai-gerai di Topspot ini tidak pernah mengecewakan kami.









Baca juga:

0 Comments



Emoticon