-->

Resepi Mudah Nasi Daging Air Asam Utara

Resepi Mudah Nasi Daging Air Asam Utara

Resepi Nasi Daging Air Asam Utara ini saya perolehi dan rujuk daripada blog sahabat blogger bernama che'nom dan resepi asal boleh dirujuk di blog beliau iaitu iresipi.com. Selepas yakin diri nak mencuba resepi ini, saya terus sediakan bahan-bahan yang diperlukan. Bahan-bahannya mudah sahaja dan tidak sukar untuk diperolehi. Nasi Daging Utara ini saya gandingkan bersama Ayam Goreng Berempah dan resepinya anda boleh rujuk di sini ya. Jom terjah resepi mudah dan sedap Nasi Daging Air Asam Utara ini.

Nasi Daging Air Asam Utara


Jumlah Hidangan : 9 - 11 orang

Bahan-Bahan:
5 cawan beras basmathi, rendam selama 30 minit dan tos
500 gram daging, potong kiub besar anggaran 3"x4"
6-7 cawan air rebusan daging
1 cawan sudu cair
1 helai daun pandan, carik dan simpul
2 1/2 sudu besar rempah kurma
1 batang serai, dititik
3 sudu besar minyak sapi
1 -2 sudu besar minyak sayuran
1/4 cawan tomato puri
Sedikit kismis hitam
Garam secukup rasa (saya letak 3 sudu kecil garam)


Bahan untuk rebusan daging:
1 sudu besar rempah kurma
2 inci halia, hiris nipis
Air dalam anggaran 7 cawan lebih

Bahan untuk ditumis:
1 biji bawang besar, hiris nipis
5 ulas bawang putih, hiris nipis
3 kuntum bunga lawang
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga

Bahan untuk air asam:
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 biji tomato, potong kecil
6 biji cili merah, potong kecil
1 inci belacan, dibakar di atas api sehingga wangi
1 mangkok kecil air perahan asam jawa yang pekat
2 sudu besar sos ikan Thai (saya guna jenama Knife)
3 sudu besar gula
1-2 sudu kecil garam
1 sudu besar kerisik
Sedikit perahan jus limau nipis


Cara Penyediaan:
Cara untuk memasak:
  1. Rebus daging bersama air, halia dan rempah kurma sehingga empuk. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak sapi dan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis bahan tumis bersama 3 sudu besar serbuk kurma, serai dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan beras yang telah ditos. Kacau lagi beras selama 1-2 minit.
  3. Masukkan air rebusan daging bersama susu cair, tomato sup, kismis, daging yang direbus tadi dan juga garam secukup rasa. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup. Masak di atas api sederhana. Kaedah yang sama jika anda menggunakan periuk nasi. Pindah ke tapak periuk elektrik pada tahap ini dan biarkan nasi masak. Saya pulak, tumis guna periuk nasi elektrik tu, dan dah siap tumis saya masakkan terus guna periuk elektrik. Mudah dan cepat.
  4. Setelah masak, gemburkan nasi dengan lembit supaya tidak berketul.

Cara untuk air asam:
Gaulkan kesemua bahan air asam. Biarkan seketika supaya semua bahan air asam sebati. 

Baca juga:

2 Comments

avatar

oh hahaha baru baca entry yg ni. T_T sedapnyaaaaa

Balas delete
avatar

Hi sis. Entry baru up..haha. BTW thx singgah.. ;)

Balas delete



Emoticon