-->

Pengalaman Pakai Braces

Hari ini 5 Februari 2016 tepat jam 10:00 pagi, bermulalah kehidupan saya sebagai seorang wanita bergigi Besi!! Haha.. Huduh bebeno muka den dengan jambatan besi di mulut. Sebelum korang pergi lebih jauh, boleh usya entry saya sebelum ini Prosedur Pasang Braces - Rawatan Orthodontic


Hari pertama pakai Braces

Lama ka tidak proses nak pasang Braces ni? Sejujurnya ikhlas dari hati saya, proses pasang braces ni tidak la lama seperti yang saya sangka. Tak sampai pun 30 minit. Pukul 10:00 pagi saya masuk bilik doktor, sekitar jam 10:20 pagi, saya dah pun settle dipasang braces. Kejap kan? Kan? Kan?..

Ok lah. Pengalaman hari ini selepas dipasang Braces, hmmmm.. Dunia saya berputar 360 darjah. Mana tak nya, hancur musnah impian saya nak masak Nasi Daging Utara esok, dah lah siap beli bahan-bahan. Daging mahal ooo.. Setengah kilo RM20.00. Lepas tu, saya ni  ada hati pula nak makan Donut Susu dan Cha Koi. Siap beli Donut susu RM5.00, Cha Koi RM3.00. Time ni betul-betul baru je lepas pasang braces. 

Bila dah beli donut susu dan cha koi, dalam kereta saya dah dengan gelojohnya nak makan cha koi dan cubit sedikit cha koi dan ngap terus. Time kunyah cha koi tu,, ya ampunnnnnnnnnn, sakit berdengut gigi saya, sakitnya sampai rasa ke otak. Berdenyuttt!!! Terus saya stop kunyah and telan terus cha koi tu. See, gelojoh kan, sebab alang-alang cha koi dah dalam mulut. Haha. 

Seriusly, baru sehari pasang braces, tiba-tiba rasa sedih dan kecewa sebab tak sangka nak kunyah donut susu yang gebu pun sakit. Hmmm.. Dan hari ini, saya hanya makan bubur Mcd dan Bubur Nasi Ikan Masin. Dan sekarang, saya update blog ni, dengan rasa kelaparan. Sebab tak puas makan bubur tadi. 

Terpaksalah lepas ni saya rekacipta resepi untuk pemakai braces. Waktu makan bubur tadi, ayah asyik tenung je saya makan bubur, lepas tu dia cakap, huh takda kerja buat kerja.Huhuhu. Ok. I Sentap!! Haha.



Keywords:
Pasang Braces di Kuching
Pengalaman Pakai Braces

Baca juga:

2 Comments

avatar

braces nak dkt dr.chen dipake ktk tok jenis apa? nak biasa nak ada getah ya or self-ligating?

Balas delete
avatar

Kmk pke yg biasa jk yg bergetah

Balas delete



Emoticon