Powered by Blogger.

Perumahan UniGarden Double Storey Intermediate

Perumahan UniGarden Double Storey Intermediate. Setelah 2 tahun menunggu, akhirnya rumah yang kami beli pada 2013 siap sepenuhnya. Ambik masa 2 tahun juga untuk rumah yang kami booking untuk siap. Rumah yang kami beli ini under Yun Seng Developer. So far, urusan dengan developer ini sangat bagus dan proses pembelian kami berjalan lancar tanpa ada halangan. Syukur alhamdulillah.

Rumahku Syurgaku

Rumahnya dah siap, tapi kami perlu menyelesaikan beberapa lagi keperluan untuk pindah masuk. Masih dilema. Sebabnya, jika pindah awal, saya terpaksa berkorban sedikit masa dan dan bajet petrol pun naik sebabnya jarak rumah baru kami ini ke tempat kerja lebih kurang 20km juga jauhnya. Belum campur jam nye lagi. 

Sekitar Pemandangan di belakang rumah, ruang tamu, dan
bahagian dapur rumah saya.

Sekitar pemandangan Bilik Utama, Belakang rumah dan
Bilik air Utama.
Ohya, rumah yang saya beli ini adalah di Perumahan Unigarden, berdepan dengan Main gate UNIMAS. So far, bagi saya rumah binaan di bawah Pemaju Yun Seng ini sangat cantik dan luas. Rasanya tak rugi saya labur duit saya dengan membeli rumah yang Yun Seng buat. 



Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Perumahan UniGarden Double Storey Intermediate"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top