Powered by Blogger.

Resepi Mudah Telur Su'un Kuah

Resepi Mudah Telur Su'un Kuah

Bahan-bahan:
7 biji telur (dikacau sedikit dlm bekas)
2 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
5 tangkai cili kering* (direndam dahulu)
1 sudu kecil serbuk kunyit
Serai (diketuk sedikit)
1 ikat kecil Su'un (direndam dalam air)
Garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Blender bawang merah, bawang putih, cili kering bersama sedikit air.
2. Tumis bahan yang telah diblender hingga naik Bau Dan pecah minyak. Masukkan serai.
3. Masukkan telur Dan dikacau lembut untuk hasilkan teksturenya telur yang cantik. Setelah telur kering, masukkan air sedikit demi sedikit dan masukkan serbuk kunyit untuk mengangkat seri masakan.
4. Letak Su'un Dan Gaul.
5. Letak garam secukup rasa.
6. Sedia untuk dihidang.


Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Resepi Mudah Telur Su'un Kuah"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top