Powered by Blogger.

Toko Daging - Tempat makan Western pilihan di Kuching

Toko Daging. Nama pun dah unik kan? Actually lama dah tau pasal Toko Daging ni dari Facebook. See, betapa berkuasanya kuasa pengiklanan free di Facebook ni. Hanya baru-baru ini saja saya berkesempatan dan berpeluang untuk mencuba makanan Western di sini. Sedikit info yang mungkin berguna untuk anda tentang TOKO DAGING ini adalah seperti berikut;

Toko Daging
Lokasi: Lorong Mawar 2, Gita. (Corner House Single Storey)
Masa Operasi: 7:00 pm - 11:00 pm

No Telefon: 
012-8536136


016-8000634
016-8553036

FanPage: Toko Daging

Special Menu: 
Toko Grilled Chicken Chop
Toko Grilled Beef Steak
Toko Grilled Lamb Shoulder
Toko Super Mixed Grilled

Special Drinks:
Teh Ijo
Teh Mirah
Teh Bunga
Banana Creamy
Strawberru Creamy
Rona Roni (Pudding)
Orange Creamy
Cokelet
Mocca


Toko Daging

Dua malam yang lepas, saya berpeluang menjejak kaki di Toko Daging ni. Bila bukak je pintu kereta lepas parking, saya terus terhidu bau yang sangat Perghhhh!!! Bau daging Panggang. Hidu bau dah sedap, ni mesti sedap ni. Saya tak monolog dalam hati ye guys. Haha. 

Saya dan suami order 'Toko Meat Platter' (Add On Rump Beef) yang berharga RM30. Toko Meat Platter ni rasanya sama ja dengan Toko Super Mixed Grilled (senarai menu ni saya perolehi dari Fanpage Toko Daging). Yang special pasal Toko Meat Platter ini adalah ia nya ALL in ONE!! Nak rasa Lamb ada, nak rasa chicken ada, nak rasa rump beef ada, dan nak rasa sausage jumbo pun ada!!! Dan yang paling penting, dalam satu pinggan tu, kuantiti beef, lamb tu banyak sangat dan berbaloi-baloi. Sedap ke tak?? Bagi saya, memang TERBAEK!!! Serius. Boleh bagi persaingan sihat dengan Sharing Planet ni. Rasa Black pepeer Sauce pun sedap dan perfect!


Senarai Menu yang ada di Toko Daging

Senarai Minuman yang ada di Toko Daging

Untuk minuman pula, saya order Chocolate (in mug) yang dihidang dengan whipped cream topping. Special. Suami saya pula order Teh Ijo (Creamy) juga dalam mug. Kalau nak kuantiti air lebih banyak, boleh je order dalam botol tapi takda whipped cream topping la ye. Untuk air chocolate saya tu, bagi saya rasa dia biasa-biasa ja. But, untuk Teh Ijo (Creamy), rasa dia memang SEDAP dan rasa tersendiri. Tahniah kepada owner Toko Daging sebab berjaya hasilkan minuman yang lain dari yang lain. Over sangat tak saya puji ni? Rasanya tidak. Sebab, saya ni jenis agak khuatir sedikit nak mencuba makanan western di tempat-tempat makan baru, takut tak kena dengan tekak saya. Tapi, ternyata Toko Daging tidak mengecewakan saya. Terima kasih atas hidangan yang sedap dan berbaloi ini.




Chocolate dan Teh Ijo with Whipped Cream Topping

Toko Meat Platter at Toko Daging

Toko Meat Platter at Toko Daging. Ada 2 slice lamb, 2 slices
beef , 1 ayam, 1 large sausage, french fries dan sayur kacang.


Teh Mirah.
Dah lepas selesai makan, kami tapau 1 botol Teh Mirah, sebab nak rasa Teh Mirah pulak. Rasa teh Mirah ni lebih kurang macam rasa 'Teh C Peng Special'. Not bad. Tapi Teh Ijo tetap Win lah untuk saya. Hehe.

Licin tandanya Sedap!!

Chocolate with whipped cream topping

Teh Ijo with whipped cream topping.
Toko Meat Platter. All in one. 


Saya harap Toko Daging ni akan berkembang lebih maju dan merancakkan lagi industri makanan di Kuching. All the best guys!! Untuk anda di luar sana, bolehlah berkunjung ke sini, InsyaAllah tidak akan mengecewakan anda. 

Keywords:
Tempat makan best di Kuching
Tempat makan special di Kuching
Tempat Makan Western di Kuching
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Toko Daging - Tempat makan Western pilihan di Kuching"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top