Powered by Blogger.

Didi Satay di Jalan Semariang

Didi Satay adàlah One of the best Satay di Kuching. Lokasi Didi Satay ini adalah di Jalan Semariang sebelum Traffic Light Semariang. Bagi saya, Satay yang dijual di Didi Satay ni adalah antara Satay yang tersedap di kawasan Kuching ni. Kalau diikutkan sebelum ini saya tak berapa suka makan Satay Ayam, tapi sejak makan Satay Ayam di Didi Satay ni, saya pulak yang ketagih nak makan Satay Ayam. Seriously, Satay Ayam di Didi Satay Semariang ini adalah yang paling besar Dan sedap yang pernah saya rasa di Kuching ni.

Manakala Satay daging nya juga tidak mengecewakan. Sedap Dan cukup rasa. Harga secucuk Satay Ayam ni adalah RM0.60 Dan Satay Daging pula RM0.70 secucuk. Saya order 40 cucuk Satay Ayam Dan 40 cucuk Satay Daging bagi sambutan hari lahir adik saya. Satu lagi yang best di sini adalah penjual tak lokek bagi sambal satay lebih. Bagi 80 cucuk Satay tu, saya dapat 2 plastik besar sambal satey. Berbaloi-baloi.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Didi Satay di Jalan Semariang"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top