Tepat jam 12:00 tengahmalam semalam tamatlah sudah ceritera di tahun 2015 dan disambut pula dengan mukabuku baru tahun 2016. Alhamdulillah dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik oleh Allah s.w.t. Tiada countdown tahun baru pada tahun ini. Hanya countdown di pejabat sahaja. :)
Seperti di tahun-tahun lepas, setiap tahun saya buat AZAM atau target untuk saya sendiri. Dan pada tahun ini saya berAZAM untuk buat dan capai target bagi Blog Luarteko.blogspot.com ini juga.
Apa azam individu saya untuk tahun baru 2016 ini? Antara azam saya tahun ini pula adalah:
- Bersabar, berusaha dan berikhtiar lebih lagi untuk mendapat zuriat. :) Doakan saya ya.
- Berjimat cermat lebih lagi dan tambahkan simpanan lebih lagi.
- Belajar ilmu-ilmu baru untuk masa depan yang lebih cemerlang.
- Kumpul dana untuk beli barangan rumah since tahun ini saya akan mula berpindah ke rumah baru.
- Jaga kesihatan dan jaga kesihatan!!!!
- Dapat langsaikan secara penuh Pinjaman PTPTN yang berjumlah RM14,800.
- Dapat menyimpan sekurang-kurangnya 1 gram emas setiap bulan.
Azam untuk Blog Luarteko.blogspot ini pula, saya berazam untuk:
- Tingkatkan Pageviews sekurang-kurangnya 2000 pv sehari
- Post entry atau post artikel sekurang-kurangnya 200 artikel sebulan.
- Tingkatkan pendapatan Google Adsense.
InsyaAllah, jika usaha dengan lebih lagi, tiada yang mustahil. Betul tak? Semoga tahun baru 2016 ini, idea penulisan akan turun dengan mencurah-curahnya. Amin. Jadi apa pula azam dan target tahun baru anda? Semoga kita semua akan memperoleh kebahagiaan dan kesihatan yang baik pada tahun ini dan juga tahun-tahun mendatang. Amin..
2 Comments