Petua dan Tips Hilangkan Kesan Hitam Pada Ketiak
Setiap wanita pasti akan menempuh detik-detik yang mengerikan bila ketiak mempunyai kesan hitam. Euww. Nak pakai baju lengan pendek pun tak confident sebab takut kantoi ketiak hitam. Haha. Terdapat cara moden dan cara tradisional untuk merawat dan mencegah ketiak hitam.
Bagi cara moden untuk menghilangkan dan mencegah ketiak hitam adalah dengan menggunakan Deodorant yang membantu memutihkan ketiak. Majoriti wanita dan golongan lelaki yang bekerja sekarang lebih suka menggunakan cara moden untuk membantu dalam memutihkan ketiak. Ini adalah disebabkan gaya hidup yang sibuk dan majoriti daripada mereka lebih suka menggunakan cara rawatan yang lebih mudah.
Sumber: Hidupsehat |
Bagi cara tradisional pula, petua untuk menghilangkan kesan hitam pada ketiak adalah:
- Menggunakan Kapur Sireh dan Limau Nipis. Caranya adalah dengan mencampur sedikit kapur sireh dengan perahan air limau nipis (1 biji). Gaul rata dan sapukan di bawah ketiak dan dibiarkan selama 10 -15 minit. Selepas itu cuci dengan air bersih. Amalkan petua ini selepas mandi dan lakukannya setiap hari selama seminggu, kemudiannya lakukan 3 kali seminggu pada minggu-minggu seterusnya. Amalan berterusan ini, Insyaallah kesan hitam akan berkurangan dan hilang. Selain itu dengan mengamalkan petua ini, ketiak juga tidak akan berbau lagi. Kiranya ia adalah bonus daripada petua ini. Campuran kapur sireh dan limau nipis ini boleh juga disapu pada bahagian-bahagian yang mempunyai kesan hitam lain seperti kawasan leher dan celah-celah paha.
1 Comments