Powered by Blogger.

Khasiat dan Manfaat Buah Delima Untuk Kesihatan Ibu Hamil


Khasiat dan Manfaat Buah Delima Untuk Ibu Hamil


Sumber: Pama Karangkraf
Dalam perubatan tradisional dan moden, buah delima telah diakui mempunyai khasiat dan kebaikan yang tinggi untuk kesihatan tubuh badan manusia terutama kepada ibu-ibu hamil. Antara khasiat dan manfaat buah Delima kepada kesihatan tubuh badan manusia dan juga ibu-ibu hamil adalah seperti berikut:
  • Mengandungi Tahap Antioksida yang tinggi. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksida.
  • Menstabilkan paras Kolestrol dalam badan.
  • Meningkat keupayaan dan meransang Tenaga Batin
  • Membantu mencegah Penyakit Jantung atau serangan Jantung
  • Membantu melancarkan peredaran darah dalam badan
  • Mencegah Penyakit Kanser
  • Menguatkan Sistem Pertahanan Badan atau imuniti tubuh badan
  • Mengurangkan risiko Penyakit Kencing Manis atau Diabetes
  • Mencegah Kanser Kelenjar Prostat bagi kaum lelaki
  • Membantu melawan Kanser Payudara
  • Merendahkan tekanan darah
  • Menguatkan kesihatan gigi
  • Mencegah daripada Penyakit Alzheimer (Nyanyuk)
  • Membantu mengurangkan batuk dan Asma
  • Mengandungi pelbagai Vitamin penting seperti Potassium, Kalsium, Zat Besi, Sodium dan vitamin-vitamin A, B1, B2, B3 dan C.
  • Membantu menghilangkan rasa letih otot dan membolehkan bergerak dengan mudah

Khasiat dan Manfaat Buah Delima terhadap ibu-ibu hamil adalah:
  • Membantu mencegah 'morning sickness' pada awal kehamilan
  • Mengawal degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya)
  • Menjadikan kulit bayi sihat, gebu dan cantik
  • Melindungi otak bayi
  • Meningkatkan kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur


Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Khasiat dan Manfaat Buah Delima Untuk Kesihatan Ibu Hamil"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top