Di Malaysia, penanaman Lada Hitam terkenal di Sarawak iaitu tanah kelahiran saya. Lada hitam berasal dari selatan India dan ditanam secara meluas di sana. Kalau di Sarawak ni, penjualan lada hitam amat mudah ditemui di pasar-pasar seperti Pasar Minggu Satok dan rata-ratanya dijual oleh masyarakat tempatan. Keluarga kami memang dah tak perlu nak beli lagi lada hitam ni sebab ayah saya ada menanam satu pokok Lada hitam di tepi rumah. Agak lebat jugak buah lada hitam yang tumbuh. Jimat dah tak perlu beli lada hitam lagi dah. Kalau saya, sambal lada hitam memang favourite saya. Makan nasi putih dengan sambal lada hitam memang terbaik.
Lada Hitam |
Pokok Lada Hitam yang ditanam ayah saya |
Apa khasiat lada hitam ni? Ke hanya berfungsi untuk menyedapkan masakan??
Untuk info kita bersama lada hitam ni bukan sahaja memainkan peranan penting sebagai penyedap makanan, malah ia juga mampu memberi pelbagai khasiat dan manfaat kepada kesihatan manusia.
Antara Khasiat dan Manfaat Lada Hitam adalah seperti berikut:
- Membantu mencegah kanser
- Membantu dalam penghadaman
- Membantu mengurangkan berat badan
- Menyingkirkan angin dalam badan
- Melegakan hidung tersumbat dan melegakan batuk
- Membantu meningkatkan selera makan
- Mencegah kemurungan dan anti-depresi semulajadi
1 Comments