-->

Rahsia Mimpi Mainan Tidur Semata mata



Mimpi itu mainan tidur. Kebiasaannya mimpi terjadi rentetan peristiwa yang baharu dilalui oleh seseorang individu ketika di waktu sedarnya. Contohnya, pada siang hari Si Minah baru je menonton cerita hantu, dan pada malamnya si Minah bermimpi dikejar hantu. Haha. Ikut individu la. Kalau saya sendiri, lepas je menonton cerita hantu, for sure malamnya tidur mimpi hantu. Tak paham betul aku sampai sekarang ni.

Kata orang tua, mimpi itu mainan tidur dan gangguan syaitan je lebih-lebih lagi mimpi yang tidak baik. Selalunya kalau saya bermimpi yang tidak baik, saya abaikan sahaja dan berdoa kepada Allah agar dijauhi dari semua perkara-perkara yang tidak baik.




Antara mitos rahsia atau makna mimpi yang saya selalu dengar dari kalangan orang-orang tua dahulu kala;


  • Mimpi Ular: Kalau mimpi ular, terutamanya para gadis, itu maksudnya si gadis tidak lama lagi akan dipinang orang. Dulu saya time remaja selalu je mimpi ular, tapi lepas sedekad lama nya baru dipinang. Hahaha.
  • Mimpi Buaya: Bermimpi diterkam atau digigit buaya pula maksudnya si gadis akan berkahwin tidak lama lagi. Yang ni kebetulan pula dalam tempoh seminggu ke dua minggu sebelum kahwin saya bermimpi digigit buaya. Haha. Kebetulan saja k. Atau memang dah set dalam otak time tu.
  • Mimpi Gigi Patah: Akan kehilangan orang terdekat. Abaikan je mimpi ni dan berdoa yang baik-baik sahaja. 
  • Mimpi Air Pasang Besar: Mimpi air pasang besar bermaksud akan menerima durian runtuh atau rezeki besar.
  • Mimpi Menyusu Bayi: Bila bermimpi menyusukan bayi bermaksud terdapat gangguan jin.



Setakat ni, itu sahaja beberapa mimpi yang saya tahu sebab saya sendiri pernah mengalaminya. Mana mimpi yang happy kita ambikkan sebagai hiburan di waktu tidur, manakala yang tidak baik kita abaikan dan berdoa kepada Allah dijauhkan daripada perkara-perkara jahat dan tidak baik.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon