Powered by Blogger.

Resepi Kuih Keria

Resepi Kuih Keria

Resepi Kuih Keria

Bahan-Bahan:

500 gram keledek merah
1 cawan tepung gandum
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
1 cawan gula
1/2 cawan air untuk merebus keledek

Cara-cara Membuat Kuih Keria:

  • Keledek dibuang kulit, dipotong kecil.
  • Masukkan keledek, garam dan air secukupnya dalam periuk dan rebus hingga lembut atau empuk.
  • Buang atau toskan air dari keledek dan lenyek keledek hingga lumat.
  • Gaulkan keledek dengan tepung sedikit demi sedikit. 
  • Setelah sekata, uli menjadi gegelang kecil.
  • Goreng gegelang hingga kuning keemasan. Apabila sudah masak, angkat dan toskan.
  • Untuk bahan salutan gula pula, masak gula hingga mendidih dan pekat.
  • Tutup api dan masukkan kuih keria. Kacau rata sehingga gula melekat pada kuih keria.
  • Sedia untuk dihidang.

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Resepi Kuih Keria"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top