Powered by Blogger.

Kos Pemasangan Grill Rumah


Bila bercakap tentang kos, memang segalanya memerlukan duit. Bukannya dalam jumlah yang sedikit malah ribuan ringgit. Tapi itulah hakikat perlu ditelan walaupun sendat dan pahit. Saya hanya mampu berhuhu apabila dengar kos buat grill rumah bagi tingkap dan pintu dalam anggaran RM4000. Mungkin pada sesetengah orang jumlah itu kecil bagi mereka, tapi tidak pada saya yang baru saja menyelesaikan baki yuran-yuran pengajian. Tak settle hutang, tak boleh konvo.

Kos buat grill rumah termasuk dengan pemasangan adalah RM4000. Bagi rumah di kampung ni saya menempah daripada tokey melayu di Bandar Baru Semariang. Bagi saya hasil kerja mereka sangat memuaskan dan cepat. Menurut ayah saya, harga tersebut adalah berpatutan dan tingkap di rumah saya pun banyak. Dan tetiba rasa menyesal banyak tingkap di rumah. Haha. Makin banyak dan besar tingkap rumah, makin besar ye kos untuk grill rumah. Bersiap sedia lah anda -anda yang dalam proses nak masuk rumah baru.

Grill Pintu

Design grill yang saya dan suami pilih adalah yang paling simple. Kami elakkan design yang berbunga dan terlampau bercorak, takut jemu dikemudian hari. Hasilnya adalah seperti di gambar. Waktu buat tempahan grill ni, tokey grill minta deposit separuh daripada kos keseluruhan. Jadi bersiap sedialah anda dengan duit secukupnya ye. :-)

Kerja-kerja pemasangan grill tingkap

Grill tingkap yang telah selesai dipasang







Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Kos Pemasangan Grill Rumah"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top