Powered by Blogger.

Pilihan Briyani di Kuching: Bukhari Cafe, Satok


Di Kuching, penduduk tempatan mungkin sedia maklum kat mana nak makan Nasi Briyani Special di sini. Salah satu kedai makan legend di Kuching yang menyediakan antara the BEST Nasi Briyani adalah Bukhari Cafe yang terletak di Satok. Nasi Briyani kat sini mempunyai rasa tersendiri dan yang penting sedap.

Nasi Briyani Ayam Goreng di Bukhari Cafe, Satok
 Kebiasaannya, kalau saya dan suami pergi ke Bukhari Cafe ni, kami akan share je satu pinggan. Maksudnya di sini, order satu je Nasi Briyani Ayam Goreng (ofcourse Ayam goreng la sebab suami saya pencinta Ayam Goreng. Berhuhu la kita) with extra plate. Haha. Bukan sebab nak jimat, tapi kuantiti Nasi Briyani tu banyak, dan saya tak mampu nak habiskan. Jadi, terpaksa order sepinggan je. 

Nasi Briyani Ayam Goreng

Harga Nasi Briyani Ayam Goreng ini adalah RM9.50. Dan untuk Papadome pula adalah RM2.00 sepinggan kecil tu. Makan Nasi Briyani tak sah kalau takda papadome. Rasa seperti kekurangan sesuatu nanti. Haha.

Senarai Harga. Makin Naik.

Harga makanan kat Bukhari Cafe ni pun naik juga. Dulu Nasi Briyani Ayam Goreng di sini hanya RM9.00 dan papadome Rm1.00 je. Alahai. Alahai. Semua nya naik. Bha, kepada yang masih tercari-carii lagi kat mana nak makan Briyani sedap, ha,, bolehlah makan kat sini ye.


Bagikan :
+
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Pilihan Briyani di Kuching: Bukhari Cafe, Satok"

wow... bestnya sis... harga pun boleh tahan

ya sis.. harga briyani sini still ok lagi compare ngn harga briyani kt kl.. tp tu la.. semuabrg naik harga skrg..

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top