-->

Tempat Makan Best di Lundu: Pasar Malam Lundu



Pasar Malam Lundu, dah namanya pun pasar malam, jadi waktu operasinya pun bermula bila dah malam. Saya berpeluang untuk Jalan-jalan cari makan di Pasar Malam Lundu ni bersama dengan rakan-rakan sekerja. Motifnya nak merasa la makanan seafood kununnya. 

Pasar Malam Lundu yang baru mula beroperasi
 Pasar Malam Lundu ni terletak di Pekan Lundu. Tak susah nak cari pun lokasi ni. Tengok banyak kereta parking dan meriah semacam je, haa tu la Pasar Malam Lundu tempat makan-makan. Takde orang berjual baju atau keychain tau. Tempat makan only!! Takut yang tak biasa, ingat ni tempat jual ikan fresh la pulak. Haha.

Kami pilih Kedai Pertama Sebelah Kiri
Kedai makan yang kami pilih adalah Kedai atau stall pertama sekali sebelah kiri. Sebabnya, tengok menu dia lebih pelbagai dan berdekatan dengan stall jual satay. Senang nak order satay sekali.


Sate Kulit, Sate Badal Ayam dan Satay Ayam

Sotong Masak Sambal

Tauge Masak Ikan Masin

Tom Yam Seafood

Di atas ni adalah antara menu-menu yang kami order untuk 4 orang makan. Antara menunya adalah, Tom Yam Seafood, Tauge Masak Ikan Masin, Sotong Masak Sambal dan Telur Dadar. Bagi saya kesemua menu yang kami order sangat sedap dan berbaloi-baloi. Rate saya nak bagi bagi menu-menu ni adalah 9/10. Sangat recommended! Jumlah kesemua order kami termasuk air adalah RM52. 

Berdekatan dengan stall kami ni juga, anda boleh order ABC Cendol yang berharga RM2.00. Sangat sedap dan tidak mendukacitakan tekak saya yang tengah sakit. :p Jadi, kalau next visit ke Lundu, dan waktu malam tak tau nak makan kat mana, boleh lah berkunjung ke Pasar Malam ni ye. 

Baca juga:

0 Comments



Emoticon