-->

Cara Format Laptop Paling Mudah


Laptop Acer saya dah lama retak menanti belah. Nak tak nak terpaksa belajar sedikit demi sedikit dari adik cara bagaimana nak FORMAT semula laptop yang 'Hang' atau rosak. Saya juga cedok sedikit ilmu dari blog Mulut-Org sebagai panduan untuk fomat semula laptop saya.

Cara Format Laptop

Jadi, bagaimana cara paling mudah dan tidak memeningkan kepala untuk format semula laptop kita?Jom kita usya.

Bahan-bahan atau peralatan yang mesti ada:
  • Laptop 
  • Disc driver (disc yang kita dapat time beli laptop baru., kalau xjumpa lagi boleh download semula dari website brand laptop kita.)
  • Disc windows (Pastikan yang original tau!!)
  • External hardisk (kalo nak back up data la.kalau tiada back up di Local D sahaja)

Langkah-langkah untuk format:

  1.  Back up dulu data sedia ada di dalam laptop yang nak di format.
  2.  Masukkan disc window, dan 'Restart' Laptop anda.
  3.  Waktu 'Restart', skrin akan tunjuk paparan "press any key to boot from cd"dan klik enter. Selepas itu, die akan start install.
  4. Selepas  itu, keluar paparan skrin yang menunjukkan sama ada nak format atau fix problem, so klik je format.
  5. Format dahulu 'LOCAL C' dan selepas format, dia akan automatik install sendiri.
  6. Tunggu sehingga habis INSTALLATION yang akan ambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit.
  7. Selesai
* Disc Window boleh didapati dari mana-mana kedai komputer berdekatan anda. Saya dah berjaya format laptop saya sendiri. Jimat duit saya. hehe. Terima kasih juga kepada admin http://mulut-orang.blogspot.my/ yang sudi kongsi ilmu. Selamat mencuba dan berjaya untuk format laptop anda. ;)

Baca juga:

2 Comments

avatar

tak penah lagi format sendiri...teringin la jugak nak belaja format sendiri..jimat duit..

Balas delete
avatar

boleh je sis.. insyaAllah.. mudah je.. lgipun kita pun confident xde part dlm laptop yg dtukar..

Balas delete



Emoticon