-->

Petua dan Tips Menghilangkan Sedu


Rasanya semua kita ni pernah kena sedu kan. Apabila sedu datang menyerang semua benda yang kita buat akan jadi tidak selesa dan kadangkala sedu ini merimaskan. Terutama kalau nak tidur, tiba-tiba kena sedu, ter 'hek hek' ter 'hik hik' la kau sorang-sorang tengahmalam. Haha. Ni cakap pun sebab atas pengalaman sendiri. Menurut kajian, sedu dapat dihentikan dengan meningkatkan kandungan karbon dioksida dalam badan kita. So, macam mana cara nak tingkat kandungan karbon dioksida dalam badan kita ni?? Takkan nak main pilih-pilih pulak udara kat sekitar kita ni.

Jadi  cara dan petua untuk menghilangkan sedu yang boleh kita praktikkan adalah:
  • Bernafas di dalam plastik untuk 2 ~ 3 minit. Ala-ala macam orang hisap gam tu. Haha. Insyaallah sedu anda akan hilang. Saya dah praktik cara ni dan memang berkesan. Cara ini bertujuan supaya kita bertenang dan dapat mengawal pola pernafasan. Cara ini juga dapat meningkatkan kandungan karbon dioksida dalam badan kita. 
Cara Hilangkan Sedu.
Sumber Gambar: brainz.org

  • Minum segelas air putih. Tarik nafas panjang perlahan-lahan dan minum air pun secara perlahan-lahan. InsyaAllah. Saya tak berkesan cara ini. Tapi ada orang lain yang berjaya.

  • Letak 1 sudu makan gula atau  gula perang, dan  letak sudu tersebut di dalam mulut selama 5 saat. Biarkan gula tersebut cair dan meresap sendiri tanpa mengunyahnya. Selepas itu minum seteguk air. Insyaallah sedu anda akan hilang.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon