Powered by Blogger.

Resepi Mee Jawa Mudah

Resepi Mee Jawa Mudah

Bahan-Bahan untuk membuat Mee Jawa:


Mee Jawa. Sekadar Gambar Hiasan

Bahan A:
  • 1 kg mee kuning (dicelur)
  • 300 gram daging (direbus)
  • 1 cawan tauge
  • 5 tangkai cili merah besar (dihiris)
  • 3 - 5 biji telur rebus (dipotong 2)
  • 3 biji limau nipis (dipotong 2)
  • Sedikit bawang goreng
Bahan B (Untuk Kuah Mee Jawa)
  • 500 gram keledek (direbus dan dikisar)
  • 3 ulas bawang putih*
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 batang serai*
  • 2 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1/2 cawan udang kering*
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 3 sudu makan serbuk kari daging
  • Air rebusan daging secukupnya
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu makan kicap pekat
Yang bertanda * dikisar halus.

Cara-cara membuat Mee Jawa:
  • Rebus daging hingga lembut dan hiris kecil-kecil. Simpan air rebusan daging.
  • Panaskan minyak masak
  • Tumiskan bahan * yang dikisar, rempah dan cili hingga garing
  • Masukkan keledek kisar. Masukkan juga air rebusan daging mengikut kepekatan yang diingini.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa. Biar hingga kuah mendidih dan pekat.
  • Hidangkan dengan bahan yang dihiris.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Resepi Mee Jawa Mudah"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top