Powered by Blogger.

Kopi O Corner Satok


Kopi O Corner merupakan salah satu tarikan kedai makan di Kuching yang menyajikan menu-menu yang sedap dan harga yang berbaloi.

Bagi saya tarikan utama untuk saya ke sini adalah Prataroll Beef nya yang sedap. Sangat sedap. Dari dulu hingga sekarang rasanya masih sama. Pertama kali saya makan prataroll beef di sini adalah pada tahun 2011, dan rasanya masih sama, sedap!

Prataroll Beef di Kopi O Corner
Gambar di atas adalah Prataroll beef yang saya order. Rasa dan food presentation nya masih. Terbaik. Harga Prataroll beef ni adalah RM7.00.

Coconut Shake
Antara tarikan lain di sini juga adalah Air Coconut Shake nya yyang sedap dan cukup rasa. Rasanya segelas ni memang tak cukup, sebab sedap sangat.

Roti Tisu di Kopi O Corner

Roti Tisu di Kopi O Corner ni juga adalah sangat-sangat recommended. Sedap dan tak cukup order satu!!! Harga roti tisu di sini adalah RM1.50. Murahkan. Roti tisu cicah dengan susu. Perghh.. Terbalit bigik mata..haha Apa-apa pun nak lepak bersama famili, kawan dan nak dating, tempat ni memang sesuai. Masa operasi pagi hingga malam.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Kopi O Corner Satok"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top