Salah satu tarikan pelancong di Daerah Lundu adalah Taman Negara Gunung Gading yang terletak kira-kira 70km daripada Bandaraya Kuching iaitu lebih kurang 2 jam perjalanan.
Di Taman Negara Gunung Gading ini, jika bernasib baik kita berpeluang melihat bunga terbesar di dunia iaitu Bunga Rafflesia. Menurut pegawai di sana, kalau nak lihat bunga Rafflesia ni sebaik-baiknya menelefon mereka terlebih dahulu untuk mengetahui samada bunga tersebut sudah kembang atau belum.
Trip kami ke Gunung Gading pada 17 Disember lepas tidak menjadi disebabkan sudah terlampau lewat petang dan cuaca yang tidak mengizinkan. Bayaran untuk trip ke Taman Negara Gunung Gading ini adalah RM10 untuk seorang dewasa. Dan pendakian untuk sampai ke puncak mengambil masa lebih kurang 3 jam. Maksudnya akan ambil masa 6 jam juga untuk naik dan turun gunung ni.
Tags:
#Reviews
0 Comments