Powered by Blogger.

Hiasan Hantaran Coklat untuk Pertunangan



Esok sepupu sebelah mak akan bertunang. Petang tadi baru ke Boulevard Batu 3 untuk misi mencari barangan sesuai untuk dibagi sebagai hantaran kepada belah pihak perempuan.

Dalam kepala memang dah setkan nak bagi makanan. Cari punya cari, Choclair Cadbury menjadi pilihan terakhir. Bila dah tetapkan Choclair Cadbury sebagai hantaran, saya dan suami terus pergi ke D.I.Y di tingkat 3 untuk membeli bekas untuk letak choclair tersebut. Takkan nak letak dalam botol tu je kan. Haha.

Kami bernasib baik bila jumpa bekas bentuk love yang memang dah sudah dihias dengan renda-renda color putih. Bekas,tu berharga RM12.50 dan sepasang burung pipit montok RM1.80 sebagai hiasan nanti.
Choclair sebotol tu saya tuang habis ke dalam bekas love tersebut dan diletak gumpalan kertas di dasarnya untuk mendapatkan choclairs tersebut membukit. Kalau bahasa Sarawak nya munduk.

Hiasan terakhir yang saya letak adalah beberapa kuntum bunga color pink dan purple. Simple je hiasan hantaran coklat Cadbury saya ni. Moga hubungan pertunangan mereka nanti akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin.. aminn..

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Hiasan Hantaran Coklat untuk Pertunangan"

cantik sis... creative sgt Allah Ya Musowwir...

terima kasih sis sheila. Sy tak kreatif, jdi senangnya bli bakul yang dah siap dihias.. hehe.. :-)

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top