Powered by Blogger.

Jom Makan-Makan di Nando's Vivacity Megamall

Hari ini berpeluang lunch di Nando's Vivacity Megamall, Kuching. Restoren Nando's ini merupakan cawangan pertama di Kuching, Sarawak. Dan saya pula baru pertama kali nak jejak kaki dan makan di Nando's ni. Kalau kat KL saya lintas je Restoren ni. Waktu mula-mula buka menu kat sini, alamak, serabut pulak. Haha. Sebab saya lebih prefer menu yang mempunyai gambar cadangan menu. Baru dapat bayangan. Atlast, saya order 'Grilled Chicken Tenders with 2 Reg Sides' yang berharga RM12.90 dan air 'Heaven & Earth Ice Lemon Tea' berharga RM5.90. 

'Grilled Chicken Tenders with 2 Reg Sides' ni saya boleh pilih 2 Reg sides dan saya pilih 'Spicy Rice' dan  'Peri Wedges'. 

Pilihan Sos Pencicah. 

Grilled Chicken Tenders with 2 Reg Sides (with
spicy rice & Peri wedges)

Restoren Nando's di Vivacity Megamall

Sedap ke tak menu yang saya pilih? so far untuk ayam, bagi saya rasa dia ok, just sos perapan ayam tu saya tak berapa suka sangat. Untuk spicy rice pula, rasa dia sedap dan tidak mengecewakan saya yang tengah kelaparan. Haha. Wedges pula, bagi saya biasa saja, seperti rasa wedges di kebanyakan tempat. Kalau nak banding dengan kenny rogers, saya prefer lagi Kenny Rogers. :)
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Jom Makan-Makan di Nando's Vivacity Megamall"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top