Powered by Blogger.

Laksa Sarawak Paling Sedap di Sarawak


Over tak tajuk entry saya kali ini? Haaa. Rasanya ini dah kali ke berapa ntah saya memberi pujian Laksa Sarawak di kedai Mom's Laksa ni.

Lunch hari ini saya dan ofismate melaksa di Mom's Laksa di cawangan baru mereka iaitu di cawangan Jln Haji Taha. Hajat di hati nak try Laksa Sarawak Special Ambal, tapi tak kesampaian pulak sebab stok ambal takde. Huhu. Kuciwa.

Apa-apa pun hajat dihati nak melaksa mesti ditunaikan juga dan kami order Laksa Sarawak biasa je. Beza Laksa Sarawak biasa dan Special di sini adalah dari segi kuantiti meehoon dan juga kuantiti udang. So far bagi saya, Laksa biasa dah lebih dari cukup. Bagi yang mempunyai tangki besar, mungkin kena order Laksa Sarawak special kot. Haha. Baru puas beb.

Bagi saya lah, Laksa Sarawak di Mom's Laksa ni adalah yang tersedap dan terBEST di Sarawak setakat ini. Highly recommended untuk pelancong dari luar. Nak rasa Laksa Sarawak sedap dan penuh nikmat pergi lah melaksa di Mom's Laksa ye. Confirm puas hati. :-)


Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Laksa Sarawak Paling Sedap di Sarawak"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top