Powered by Blogger.

Cara Buat Air Detox Untuk Kuruskan Badan



Air Detox adalah campuran air putih atau air kosong dengan buah-buahan, herba dan madu. Campuran air kosong bersama bahan-bahan ini akan dibiarkan selama beberapa jam (3-5 jam min) sebelum diminum.

Sumber: IndonesianAlibaba


Apa kelebihan dan manfaat mengamalkan air Detox ni? Antara manfaat yang boleh kita perolehi daripada pengamalan air detox adalah seperti berikut:
  • membantu dalm proses mengurangkan berat badan
  • meningkatkan tahap metabolisma badan
  • meningkatkan mood
  • mengurangkan stress
  • mengurangkan keletihan pada otot-otot
Jom kita kenali dulu antara buah-buahan dan herba yang bermanfaat bila dijadikan air detox:
  1.  Lemon – membantu proses pencernaan dan menyegarkan nafas
  2.  Oren – membantu peredaran darah
  3.  Halia – imun booster
  4.  Rasberi – mempunyai ciri-ciri anti radang
  5.  Timun – membantu penghidratan dan penyingkiran toksin
  6.  Anggur – melawan kanser
  7.  Epal – mengekalkan kesihatan tulang dan tisu
  8.  Kulit Kayu Manis – penggalak metabolisme
  9.  Strawberi – anti oksidan
  10.  Limau – anti penuaan
  11.  Nenas – membantu melegakan sakit sendi
  12.  Pudina -menyokong sistem penghadaman
  13.  Asam keping - turunkan berat badan/kempiskan perut

Bagaimana cara nak buat AIR DETOX dengan sangat mudah dan boleh pejam mata ni?? Di sini, saya nak kongsi cara nak buat Air Detox yang bermanfaat dalam membantu seseorang untuk menurunkan berat badan. InsyaAllah pengamalan Air Detox ni setiap hari, mampu membantu dalam penyingkiran lemak dan seterusnya penurunan berat badandan pengempisan perut.



Resepi Air Detox Untuk Kuruskan Badan:

Bahan-Bahan:
2 biji Buah Lemon
1 biji Timun
1 inci Halia
5 keping daun pudina
3 liter air kosong

Cara-cara Penyediaan:
Potong timun, lemon dan halia dan masukkan kesemua bahan-bahan ini termasuk daun pudina kedalam air kosong. Tutup ketat dan disimpan ke dalam peti sejuk bagi tempoh 3-5 jam sebelum dihidang.
Amalkan setiap hari, InsyaAllah.


Berapa lama boleh disimpan air detox ni? Ianya boleh disimpan sekurang-kurangnya 3 hari. Tapi sebaiknya dihabiskan pada hari yang sama untuk dapatkan kesegaran rasanya.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Cara Buat Air Detox Untuk Kuruskan Badan"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top