Powered by Blogger.

Review Movie The Good Dinosaur


Haha. Disebabkan ada anak-anak buah di rumah, kami adik beradik sepakat membawa mereka pergi tengok wayang. Movie dipilih ofcourse la genre kanak-kanak ribena. Movie The good Dinosaur, dan kami menonton di MBO, The Spring.

Apa yang menariknya cerita The Good Dinosaur ni?? Saya pada mulanya pun rasa macam krik krik nak tengok cerita ni. Macam light sangat. Dont khuatir, cerita ni tak kq boring sangat bagi kita level dewasa. Sebabnya saya, suami dan adik lain pun layan jugak tengok cerita ni.

The Good Dinosaur mengisahkan Arlo (dinosaur hijau kecil) yang sangat penakut. Disebabkan sikapnya yang sangat penakut, menyebabkan ayah Arlo berusaha membantu arlo untuk menjadi berani. Namun, Ayah Arlo telah mati ketika mereka berusaha menjejak si pencuri sumber makanan mereka.

Arlo telah bertemu semula dengan si pencuri yang mencuri sumber makanan mereka, dan ketika cuba menangkap pencuri tersebut, kedua-dua mereka telah terjatuh ke dalam sungai dan dihanyutkan arus deras. Arlo telah terdampar di satu tempat yang jauh daripada perkampungan mereka. Di situ, Arlo bertemu kembali dengan si pencuri yang diberi nama Spot oleh Arlo sendiri. Sepanjang perjalanan mencari jalan pulang, Arlo dqn Spot telah menjadi teman akrab. Dan bagaimana penhujung jalan cerita ini?? Anda kena saksikan nya sendiri.

Actually, cerita ni banyak part yang lucu terutamanya telatah si Spot dan Arlo. Satu part yang paling lucu saya rasa adalah ketika Arlo dan Spot termakan buah berry yang sudah buruk, dimana ia menyebabkan mereka berdua menjadi mabuk atau berhalusinasi. 

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
1 Komentar untuk "Review Movie The Good Dinosaur"

wow... macam best citer ni sis... leh bw anak2 ni... :)

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top