Nak masuk rumah baru, serba serbi banyak perkakas rumah yang perlu dibeli. Antara perkakas elektrik utama yang dalam toplist perlu dibeli terlebih dahulu adalah mesin basuh. Tak sanggup den nak mencangkung duduk lama-lama dalam bilik air nak mencuci baju. Cukuplah pengalaman masa lalu tu. Semalam saya sempat surver mesin basuh di SenQ Vivacity. Hajat hati nak beli Mesin Basuh Automatik Samsung 9kg yang di offer harganya adalah RM849. Harga runcit adalah RM1290. Bila pikir-pikir lebih mendalam saya cancel dulu sebab menurut kata salesgirl sana, kalau nak cuci comforter mesin basuh 9kg tak sesuai. Dia suggest 12kg ke atas. Tapi tu lah mesin basuh 12kg ke atas mostly harganya RM1500 ke atas. Budget saya pula RM1000 ke bawah. Terpaksa hold dulu niat, kumpul duit dulu.
Antara tips-tips nak beli Mesin Basuh adalah:
-Buat survey dahulu mesin basuh. Contohnya google dulu perihal mesin basuh auto. Buat perbandingan setiap jenama dari segi kapasiti, harga dan testimoni pelanggan lain.
-Beli mesin basuh ikut kapasiti keperluan anda. Kalau hidup berdua rasanya 6 kg - 9kg pun dah lebih dari cukup.
- Bagi anda yang selalu cuci comforter, mesin basuh auto berkapasiti 12 kg ke atas adalah paling sesuai. Elakkan cuci comforter guna mesin basuh bawah 12kg kerana pencucian yang kerap akan menyebabkan motor mesin basuh cepat rosak.
-Seeloknya pilih mesin basuh auto yang mempunyai 6motion atau 6 pergerakan untuk mendapat cucian yang lebih bersih.
-Pilihan tempat button mesin basuh yang terletak di bahagian belakang seperti dalam gambar di bawah adalah sesuai kerana ia dapat mengelakkan button selalu terkena air atau tidak mudah ditekan oleh kanak-kanak.
Mesin Basuh Auto Samsung 9KG |
0 Comments