-->

Santai di Retreat & Training Centre, Siar Beach Lundu



Pada 17 Disember 2015 minggu ini, saya dan suami berpeluang santai-santai di Retreat & Training Centre, Siar Beach Lundu. Disebabkan asyik lengah je nak book chalet di Retreat ni, akhirnya Chalet fully booked. Haha. Padan muka. Nasib baik, ada bilik kabin yang still available. Rate semalam untuk bilik kabin di sini adalah RM128/semalam. Waktu book bilik ni, tawakkal je la kalau bilik kecil atau tak berapa nak best. Bilik kabin waktu tu saya memang dah imagine kontainer. Haha. Yes, memang betul pun dalam kontainer. Tapi sangat cantik dan rasanya berbaloi kot saya bayar untuk harga tu. Nampak dari luar kecik je bilik ni, tapi bila dah buka pintu bilik, wahhhh, besar dan cantik. Lagi-lagi pada waktu malam, dengan cahaya lampu LED dari celah dinding bilik ni.

Rumah atau Bilik Kabin di Retreat Union Lundu


Ruang bilik Kabin yang luas
 Ingatkan bilik kabin ni kecil macam bilik studio. Nasib baik. Kalau tak, tak ke haru dengar mulut pot pet aku ni. Satu bilik ada 2 katil single dan kalau trip dalam 4-5 orang, rasanya cukup masuk bilik ni. Jimat.

Ruang bilik kabin Retreat Union
 Setiap bilik kabin disediakan bilik air yang luas dan selesa. Selain itu terdapat penghawa dingin dan tv untuk kita santai-santai di kala nak rehat malam nya. Satu je yang tak best, penghawa dingin bilik kitaorang hari tu tidak sejuk sangat. Patutnya mereka service penghawa dingin ni.


Ruangan bilik air dan toilet

Ruangan bilik air dan toilet juga luas dan bersih. Rasa macam tak percaya pula, sekarang kami tengah check in dalam bilik yang dibuat daripada kontainer.

Goodies dalam bilik air. Haha.
Memang kena tapau la ni nanti.

Chalet di Retreat Union
 Haaa, yang kat atas ni adalah Chalet di Retreat Union Lundu ni. Rate semalam adalah RM198/malam. Chalet ni lah yang ditarget kami dua suami isteri untuk cuti-cuti ni. Tapi tak de rezeki nak check in chalet ni. Cantek kan??

Nak santai kat atas ni pun boleh. Best kan..

Beach House
 Bagi mereka yang trip dalam jumlah yang ramai, boleh lah book Beach House ni yang disediakan lebih kurang 4 katil queen dan rate semalam adalah RM588/malam. Beach house ni betul-betul facing seaview. so kalau nak lepak kat luar rumah tu, memang best la sambil bbq boleh menikmati panorama ombak laut.

Korang nak gi mana??

Nak layan swimming pool ada kat sini.
 Bagi mereka yang bercuti bersama anak-anak, memang bonus la buat anak-anak sebab kat sini ada disediakan kemudahan swimming pool untuk kanak-kanak. Tak dapat mandi laut, boleh mandi kolam. Selamat dan tak lekit air laut.

Pemandangan bilik kabin pada waktu senja. Cantik kan?

Jadi buat anda yang nak bercuti ke Retreat & Training Centre Lundu boleh lah book awal ye di http://www.sbeu.org.my/retreat/ . Booking hanya boleh dibuat secara online. Tak payah anda nak call, sebab hanya operator yang jawab. Buang kredit je. Tu je la yang tak best pasal retreat ni. Nak tanya apa-apa pun susah. Tak dapat nak akses through fon.

Jom layan.video yang sempat saya ambik haritu.


Baca juga:

4 Comments

avatar

bukan sebarang cabin tu... cantik sangat...

Balas delete
avatar

itu la sis. Saya punya lah risau macamm mana rupa bilik kabin ni nanti. Haha.

Balas delete
avatar

sis boleh tak minta no tpn hotel tu rasa nak bookinglah...

Balas delete
avatar

hi sis nurul. Booking hanya boleh dibuat melaui website dieorang sis.ni website retreat utk buat booking http://www.sbeu.org.my/retreat/
no tel pun ada kt situ, tapi tak guna jga nkcol sbb operator je yg jwb..huhu

Balas delete



Emoticon