Pengalaman mendaki Gunung Santubong pada Oktober 2012 masih lagi berbekas di hati. Mana kan tidak, saya tidak berjaya mendaki hingga ke puncak nya atas kekangan masa dan rakan yang sudah tidak mampu untuk meneruskan pendakian. Jadinya, saya terpaksa surrender awal. InsyaAllah 2016 nanti, ada keizinan masa dan lapang, saya nak mulakan balik pendakian Gunung Santubong ni nanti. Rasa macam tak puas hati pula tak dapat sampai ke puncak.
Di bawah ni, saya sertakan beberapa gambar kenangan sewaktu trip saya mendaki Gunung Santubong kira-kira 3 tahun yang lepas. Fuh, rasa macam baru je bulan lepas.
|
Laluan sungai di Kaki Gunung Santubong |
|
Air batu yang sangat sejuk |
|
Deruan air |
|
Sekitar pemandangan di kaki Gunung Santubong |
|
Laluan pendakian |
|
Laluan trek bagi Pendakian Gunung Santubong |
|
Ada berani?? |
Bagi saya, laluan pendakian Gunung Santubong lebih mencabar berbanding Gunung Serapi, sebabnya laluan pendakian Gunung Serapi adalah laluan bertar dan dapat dinaiki kereta. Berbanding dengan laluan Gunung Santubong yang memerlukan kekuatan stamina dan laluannya yang lebih mencabar dengan laluan semulajadi. Antara mendaki Gunung Santubong atau Gunung Serapi, saya lebih prefer untuk mendaki Gunung Santubong.
Baca juga:
0 Comments