Setiap hospital tidak kira lah Hospital Kerajaan mahupun Hospital Swasta mempunyai waktu melawat nya. Sebagai orang awam, kita kenalah menghormati waktu melawat pesakit di hospital. Just imagine kalau setiap masa orang luar boleh melawat pesakit, rasanya pesakit yang tengah chek in kat hospital pun rimas agaknya.
Bukanlah nak kata pesakit ni tak suka dilawat atau apa, tapi kita yang sihat ni, kenalah hormati masa mereka. Orang yang sakit ni kalau boleh setiap masa mahu berehat dan ada juga di kalangan mereka tengah kesakitan, dapat pula tetamu yang tak reti bahasa nak lepak lama-lama.
Kadang-kadang, kebanyakan tetamu yang datang melawat siap dengan satu rombongan sehingga merimaskan pesakit-pesakit di sekeliling. Hormati pesakit yang anda lawat dan pesakit-pesakit lain. Ingat, Hospital tempat menempatkan orang sakit dan bukannya orang sihat.
Disertakan dibawah adalah Waktu Melawat di Hospital Umum Sarawak.
SETIAP HARI:
6.00 am - 7.00 am
12.30 pm - 2.00 pm
5.30 pm - 7.30 pm
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi terus pihak Hospital Umum Sarawak di talian 082-276666.
Waktu Melawat Hospital Umum Sarawak |
0 Comments