Powered by Blogger.

Review Minyak Angin FreshCare

Saya mula 'ketagih' dengan Minyak Angin FreshCare ni sejak membeli dari kawan seofis yang menjual minyak angin ni hampir setahun yang lepas. Waktu tu dia promote Minyak Angin FreshCare Sport. Bau minyak angin tu best, kalau tengah pening kepala, memang layan la hidu bau minyak angin ni.
Satu botol minyak angin FreshCare ni berharga RM5.00. Murahkan. Dahlah best dipakai terutama time pening, migrain, sakit perut, kejang urat dan rasa mual cium bau yang meloyakan. Selain fungsinya untuk mengurangkan rasa penung kepala, minyak angin ni jugak sesuai digunakan waktu kita tengah mabuk laut atau mabuk perjalanan. Haha. Yang ni memang membantu serba sedikit ketika saya mabuk perjalanan. Dapat hidu bau minyak angin FreshCare ni dapatlah kurangkan rasa nak muntah dan loya tu.
Minyak Angin FreshCare ni juga mudah untuk dibawa ke mana-mana disebabkan sizenya yang kecil dan comel. Untuk saya sendiri , minyak angin ni memang WAJIB saya bawa jika nak ke mana-mana. Sebab migrain saya ni unexpected, suka nak menyerang tengah syok saya jalan-jalan cari makan.
Mana nak beli minyak angin ni? Kalau kat Kuching ni, saya mudah dapatkan minyak angin ni di kedai-kedai yang jual barang kesihatan atau di Pasar Serikin. Ohya produk ini memang asalnya dari Negara jiran kita Indonesia. Kat semenanjung saya tak pasti pulak ada ke tak. Tapi kalau takda, boleh je cari peniaga online. Mesti ada.
Minyak Angin yang sedap bau dia adalah sport, green tea dan yang hot. Confirm best!
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Review Minyak Angin FreshCare"

memang best ,sy pun pernah guna..kat semenanjung ada jual tp x semurah kat kuching...nak minta tlg beli boleh..hihihihi..guraujer

hai afiqah.. hehe.. pasar serikin tu sempadan indon. agak jauh dr kuching. :)

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top