-->

Kedai Makan RM2 Jalan Astana, Kuching



Malam hari, kalau tiba-tiba rasa lapar saya selalunya akan pergi ke Jalan Astana, Kuching untuk beli Nasi Lemak Malam RM1.00. Tapi itu dulu. Sekarang, sejak ada kedai makan RM2.00 di area Nasi Lemak tu, selera saya berubah ke kedai makan tu pula. Rasanya owner kedai makan ni, adalah owner Nasi Lemak tu juga.

Kedai makan RM2.00 di Jalan Astana, Kuching

Apa yang menarik di Kedai Makan RM2.00 ni? Firstly mestilah harganya yang BAJET tetapi sangat-sangat berbaloi. Kat sini, selalunya saya akan order Mee Goreng, Kue Tiaw Goreng, Mee Kolok atau Nasi Goreng Ayam. Semua menu ni berharga RM2.00. Kebiasaannya, saya akan tapau atau bungkus sahaja untuk makan di rumah.

Malam ini, saya berkesempatan pergi makan di sini dan kami order Nasi Goreng Ayam, Air Bandung Laici, dan Air Ribena Sprite. Kedua-dua air ni berharga RM2.00. Majoriti harga minuman di sini di antara RM1.80 - RM2.00. Bagi saya, sangat-sangat berbaloi, sebabnya, pertama airnya SEDAP, cukup rasa, dan yang penting gelas BESAR!!

Nasi Goreng Ayam. Nampak kosong kan, tapi RASA dulu baru menilai. 

Air Bandung Laici. Memang Perghh!!



Antara Menu yang ada di sini. Murah-murah kan. 
Antara menu yang ada disini, mee kolok, mee goreng, kuey tiaw goreng, Nasi Goreng Cina, Nasi Goreng Kampung, Nasi Ayam, Nasi Lemak, Sup Kambing dan Roti Kawen. Ohya, Nasi Lemak sini dijamin sedap. Boleh cuba dan komen anda pulak!!

Masa Operasi Kedai Makan RM2 atau Kedai Makan Dr.D ni adalah Dari Selasa hingga Ahad dari pukul 7.00 malam - 10.00 malam. Part nama kedai ni, saya agak-agak je, sebab ada tulis kat dinding, Kedai Makan DR. D. Tapi kalau kat Banner takde pulak, jadinya saya sendiri bagi nama kedai makan RM2. Haha. Apa-apa pun, saya suka mee goreng dan nasi goreng di sini. Ohya, satu lagi menu special di sini yang anda mesti cuba adalah Sup Kambing yang berharga RM5. Dijamin sedap dan puas hati. Selamat mencuba.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon