Jika anda pernah baca post saya sebelum ini iaitu Prosedur Pasang Braces - Rawatan Orthodontic, anda mesti tahu sebab dan punca saya kena sekali harung cabut 4 batang gigi saya. Bukan disebabkan gigi saya rosak, berlubang atau apa. Gigi-gigi tu tidak bersalah. Saya yang salah. Salah, sebab gedik nak pergi susun susunan gigi saya yang tidak teratur ni.
Demi nak mempercepatkan proses untuk pasang Braces (sebab Braces akan di pasang selepas 2 minggu gigi dicabut), jadi saya telah cabut sekaligus keempat-empat gigi saya tu. Tak sanggup saya nak cabut satu-satu. Hari ini satu, esok satu, lusa satu dan tulat satu. Oh no. Gila kau, aku nak tahan sakit dan hadap jarum injection tu selama 4 hari. No no no and no.
4 batang gigi dicabut!! |
Tapi pengalaman cabut gigi kali ini agak seriau jugak buat saya. Rasa taubat tak nak main cabut-cabut gigi lagi lepas ni. Mana tak nya, saya kena dicucuk jarum injection tu selama 8 kali untuk masukkan bius. Sakitnya untuk sekali dua kali cucuk masih boleh tahan. Tapi bila masuk cucuk yang ke 4, 5 , 6 ,7, dan 8, saya dah rasa, noooooo doktor nooo. Stop it!!!! Monolog dalam hati je lah. Hahaha. Dan selepas itu, saya dah tak rasa ada bibir lagi, hinggakan air liur pun tak mampu nak tahan sampai meleleh-leleh. Opsss. Bukan salah saya. Salah bius tu hingga bibir saya hilang fungsi.
Apa-apa pun, bila bius dah memberi kesan kebas, doktor cabut gigi saya satu persatu hingga lah yang keempat dalam tempoh tidak sampai pun 15 minit. Cepat dan tangkas kan. Dan saya tak rasa SAKIT pun!!! Mana taknya, 8 kali aku kena jarum inject tu. Sedapppp la jugak!!! Ambik kau. Nak sangat pasang Braces kan. Rasa kan. Hahaha. So, anda betul-betul ready ke nak pasang Braces? Sedia nak cabut gigi?? Sedia nak kena cucuk? Sila siap sediakan diri ye. Takde la sakit sangat. Just time kena injection tu je. 8 kali kena tahan impak kena inject. Haha.
Selepas kena cabut tu, nak cakap terima kasih dengan doktor pun dah tak dapat. Just tunduk ala-aa Jepun pula kitaorang. lahabau betul. Haha. Dan part paling best bila kat kaunter nak bayar, assistant doktor tu tanya soalan, so saya jawab dengan bahasa yang sukar difahami. Dia pula macam main paksa pulak, Dia tak tau ke aku kena cabut 4 batang gigi ni. Haiya amoi ni. Kalau mampu, lama dah aku jawab soalan kamu tu dengan betul. Haha. Sampai boleh dia jawab kat saya, 'ai, saya tak faham'. Dalam hati aku ni,, 'ahh aku pun tak paham apa aku cakap!!'.. Haha.
Keesokkannya, hari Sabtu, saya bangun pagi hanya mampu makan bubur ayam sahaja. Sebab masih takut-takut nak kunyah makanan keras. Takut berdarah semula gusi tu. Demi nak dapat susunan gigi yang teratur saya terpaksa korbankan 4 batang gigi saya yang tak bersalah, dan korbankan sedikit nafsu dan nikmat makan saya. Semoga pengorbanan saya ini, berbaloi. Amin.
Dah takda gigi, makan bubur je lah. Bubur Ayam Mcd. |
5 Comments