-->

Cara Mudah Buat Duit Melalui Blog!

Para Blogger Otai mungkin dah tahu lama bagaimana melalui blog mereka yang cun melecun, mereka mendapat hasil atau dapat membuat duit menerusi blog tersebut. Melalui pengalaman saya sendiri, sekiranya kita  aktif dalam menulis dan sentiasa update blog kita dengan info-info semasa atau perkara yang kita minat, blog tersebut mampu menjana pendapatan sampingan kepada kita. Atau dalam erti kata lain Blog kita itu mampu MEMBUAT DUIT SECARA PASIF untuk kita.

Terdapat pelbagai cara untuk menjana pendapatan daripada Blog. Antaranya adalah:


  • Google Adsense. Dengan mendaftar sebagai 'Publisher' Google Adsense iaitu anda boleh memaparkan Iklan-iklan Adsense di ruangan Blog anda. Anda akan menjana profit daripada setiap klik yang anda peroleh. Semakin tinggi TRAFFIC atau pengunjung ke Blog anda, semakin tinggi peluang untuk anda menjana lebih wang.
  • Nuffnang. Selain Google Adsene, anda juga boleh memaparkan iklan NUFFNANG di blog anda untuk memperoleh pendapatan sampingan dari blog anda. Selain pendapatan daripada klik yang terhasil, anda juga berpeluang memperoleh pendapatan daripada 'Cost Per-Unique Visit' (CPUV). Pendapatan CPUV ini berpunca daripada kempen iklan banner di mana pengiklan membeli  mengikut 'bilangan lawatan unik pengiklan' dari blog anda pada akhir tempoh kempen. Semikin tinggi TRAFFIC pengunjung ke blog anda, semakin tinggi peluang meningkatkan pendapatan daripada Nuffnang.
  • REVIEW PRODUK. Blog yang popular atau mempunyai traffic yang tinggi berpeluang tinggi untuk menjana pendapatan dengan membuat 'REVIEW PRODUCT'. Penjual atau Pemasar akan membayar anda sebagai pemilik blog apabila anda membuat 'review product' mereka di blog anda.
  • Sewa Ruangan Iklan di Blog Anda. Sekiranya anda tidak dapat berdaftar dengan Google Adsene, anda juga boleh mengambil inisiatif dengan membuka  'Sewa Ruangan Iklan' di Blog anda. Usahawan atau para penjual online mungkin ada yang tertarik untuk menyewa ruangan iklan di blog anda untuk mereka mempromosi Produk. Semakin tinggi traffic blog dan populariti blog anda, semakin cerah peluang anda untuk menjana pendapatan daripada ruangan iklan ini.
Untuk berjaya menghasilkan pendapatan pasif daripada cara-cara atau kaedah yang saya terangkan di atas melalui blog, kita perlu bekerja keras bagi meningkatkan traffik ke blog anda. Pastikan anda sentiasa menulis entry terbaru dan berinformasi setiap hari untuk membolehkan blog kita mempunyai banyak artikel yang berguna kepada pengunjung. Blog yang menarik dan berinformasi, mungkin boleh menarik pengunjung kembali semula pada masa akan datang. InsyaAllah usaha berterusan akan dapat menaikkan level blog anda. Yang PENTING, Jangan MUDAH BERPUTUS ASA. JANGAN MENGALAH SEBELUM BERJUANG!

Baca juga:

0 Comments



Emoticon