-->

Petua dan Tips untuk Melebatkan Rambut

Petua dan Tips untuk Melebatkan Rambut

Memiliki rambut yang lebat dan sihat menjadi idaman setiap wanita. Disebabkan itu terciptanya tagline 'Rambut itu Mahkota Wanita'. Majoriti individu masa kini tidak kira lelaki atau perempuan mengalami masalah keguguran rambut dan masalah ini sekiranya tidak dibendung awal boleh menyebabkan rambut semakin nipis dan lebih serius lagi BOTAK.

Sumber: castor-oil.com


Antara petua dan tips untuk MELEBATKAN RAMBUT dengan cara semulajadi adalah:


  • Minyak Kelapa. Dengan menyapu dan meratakan minyak kelapa pada rambut dan dibiarkan semalaman sebelum dibilas dengan air. Lakukan sekurang-kurangnya 2 - 3 kali seminggu.
  • Lidah Buaya dan Daun Bunga Raya. Kombinasi ramuan lidah buaya dan daun bunga raya yang ditumbuk sehingga lumat dan kemudiannya disapu pada rambut dan kulit kepala dan diperap lebih kurang 1 - 2 jam sebelum dibilas dengan air juga mampu membantu dalam proses melebatkan rambut. Lakukan 3 -4 kali seminggu.
  • Sayuran Hijau dan Buah-buahan. Memakan makanan yang kaya nutrisi seperti sayuran hijau dan buah-buahan yang berperanan penting dalam membantu menguatkan akar rambut.
  • Kacang Hijau. Rendam kacang hijau semalaman, dan kemudian tapiskan kacang hijau tersebut dan ambil air tapisan kacang hijau itu tadi. Air tapisan kacang hijau itu disapu pada rambut dan kulit kepala dengan memicit kulit kepala secara perlahan-lahan. Dengan mengamalkan air tapisan kacang hijau ini, insyaAllah akan membantu menyuburkan kulit kepala dan merangsang pertumbuhan rambut baru.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon