-->

Homemade Burger Tersedap di Kuching - Dpart Burger Kuching

Siapa peminat TEGAR Homemade Burger di sini? Sila angkat tangan!!!! Kalau ya, kita GENG. Saya adalah salah seorang peminat tegar Homemade Burger. Beritahu ja kat mana ada homemade burger sedap dan best di kawasang Kuching ni, saya pasti akan try. Antara Homemade Burger yang saya suka makan di Kuching ni adalah Burger Boy (area Mama Bakery Satok), dan Homemade Grill Burger (Berdepan SK En. Buyong). 

Beef Cheese Attack, Dpart Burger.
 Sumber: FB Dpart Burger



Satu lagi lokasi stall Burger homemade yang anda boleh try di Kuching adalah 'Dpart Burger' dan lokasinya adalah di Lorong Dahlia 3, Lrg 6C, Taman Nanas (Dalam Taman Won Lama). Masa operasi stall Burger ni adalah setiap hari Isnin, Selasa, Jumaat dan Sabtu dari jam 7.00 malam hingga 11.00 malam.

Apa yang special di Dpart Burger ni?? Antara yang anda boleh cuba adalah:

  • Burger Pineapple Express (RM6), 
  • Beef Black Pepperoni (RM6), 
  • Beef Cheese Attack (RM6), 
  • Booster (RM10), 
  • Chicken Black Pepperoni (RM7), 
  • Chicken Cheese Attack (RM8), 
  • Dpart Favourite (RM7),
  • Classic Dpart (RM4).


Senarai Menu di Dpart Burger
Sumber: FB Dpart Burger

Beef Black Pepperoni & Chicken Cheese Attack

Malam ini, saya dah cuba homemade burger di Dpart Burger ni. Saya dan suami order Beef Black Pepperoni dan Chicken Cheese Attack. Apa yang boleh saya cakapkan, Beef Black Pepperoni Dpart Burger ni memang TERBAIKKKK!!! Rasa sos lada hitam dia memang perghh.. I Like!!! Good Job. Ada lagi satu port untuk saya beli homemade burger. Chicken Cheese Attack pun tidak mengecewakan. Tapi kalau untuk saya, Beef Black Pepperoni tetap di hati! Menurut kawan saya, Burger Pineapple Express juga highly recommended, tapi disebabkan saya tengah berpantang makan NANAS, jadinya memang takkan la saya order Pineapple Express ni. Mungkin anda boleh review untuk saya. :)

Untuk more detail pasal Dpart Burger ni anda boleh Like FB Page mereka iaitu Dpart Burger Kuching atau boleh hubungi Tokey Nior nya di talian 019-856 0573. Selamat mencuba Homemade Burger TERBAEK dan TERSEDAP di Kuching ni.

Baca juga:

1 Comments

avatar

Nang nyaman oit.. Ku sa mcm x cukup jak mlm tek

Balas delete



Emoticon